Saturday 23 November 2013

UHIBBUKAFILLAH, NABILA Part 1 [Cerpen]

Views
          Assalamualaikum w.b.t


First of all.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana berkesempatan untuk menghasilkan cerpen ini.
Ini merupakan Cerpen Islamik pertama yang saya karang..
Dengan iringan dan sokongan Sahabat Fillah,saya dapat menaip cerpen ini dengan agak lancar.
Maaf jika ada kesalahan tatabahasa dan sewaktu dengannya...
*betulkan saya jika salah*
Kesilapan yang sengaja mahupun yang tidak sengaja..
Sekian~
Hope youolls Enjoy it!
Bismillah..

          


    “Ok class,saya nak awak siapkan homework yang saya bagi dan hantar esok.’’
    “Ye cikgu...” Satu kelas menjawab dan mengangguk serentak.Semua memberi respon yang sama kecuali pelajar yang sorang ni..

    “No more excuses.. remember that expecially awak Zarin.” Jari telunjuk Arif menunjuk tepat ke arah Zarin,pelajar pintar,paling malas dalam kelas yang diajar oleh Arif.Muka dah cantik,belajar pun pandai tapi perangai malasnya.. Ya Allah tak terkata.Bila dengan guru lain,senang saja dia melaksanakan tugasnya tapi bila dengan Arif lain pula jadinya.

   Zarin berdiri di tempatnya,dia bersuara. “Tengoklah kalau saya rajin..saya buatlah homwek yang Cikgu Arif kasi tu.. saya buzylah.. banyak kerja nak kena buat.Even for this week banyak ok! Sorry to say lah..” Jarinya memintal-mintal hujung tudungnya dengan selamba tanpa rasa hormat.

    Arif menarik nafas dalam-dalam.Menghirup segala gas oksigen yang ada,wajahnya bertukar sedikit merah.Dikemas segala barangan dan membawanya bersama. “Okay class,terima kasih. Assalamualaikum.”

Semua pelajar bagun dan terus berdiri di tempat masing-masing.Kata mereka serentak “Waalaikumussalam dan Terima Kasih Cikgu Arif.”

    Sewaktu ingin keluar dari kelas itu,Arif sempat menjeling ke arah Zarin.Dari lirik mata Arif terlihat Zarin yang tersenyum sinis kepadanya.Kepalanya menggeleng tanda keliru.
*Dibilik guru.

    “Arif,tengok ni..” Jay menyuakan sekotak coklat Cadburry yang terletak di atas meja Arif sejak dari lepas rehat tadi.Ada sidikit cemburu di hati Jay,semenjak Arif ditugaskan mengajar di sekolah ini saban hari dia menerima hadiah dari peminatnya.Seperti coklat,T-shirt jersy,mug yang tertera ‘CIKGU ARIF HANDSOME’ cukup membuatkan dia cemburu.Apa tidaknya, Muadz Arif merupakan seorang yang berdarah kacukkan British memanglah membuatkan pelajar-pelajar disitu ramai meminatinya.Berfizikal tinggi,mempunyai dada yang bidang berkulit putih dan matanya agak sedikit bulat.Ada juga guru-guru practical perempuan muda yang meminati Arif dalam diam bukannya Jay tidak tahu,tetapi malas untuk memberitahu Arif. Di laman sosial seperti Twitter,Blog dan Instagramnya berduyun-duyun followers,malahan di YouTube pun juga dia merupakan seorang penyanyi akustik yang agak terkenal.Di setiap video nyayiannya pasti beribu viewers yang menonton.Tingkahlakunya juga disenangi ramai.Siap ada kelab peminat lagi! Dasar kipas susah mati.Namun dalam pada masa itu,dia masih juga bersikap merendah diri.

     “Aku rasakan..Orang yang hantar coklat untuk kau ni kan? Dia tersalah hantar sebenarnya.Sepatutnya coklat tu punya aku..bukannya kau. Hahaha..” Dengan kata-kata Jay yang perasan coklat tu patutnya milik dia,dengan segera Arif membidas.Jay yang dikenali sebagai Cikgu Jay di kalangan guru atau nama sebenarnya Jayharry Bin Jasdie teramatlah poyo sikapnya.Dia juga tinggal serumah dengan Arif memandangkan mereka masih bujang.Nama ’Jay’ ala-ala English gitu.
“Aku rasa dia memang tak tersalah hantar tau tak sebab apa?”
“Sebab apa?’’ jawab Jay selamba.
“Sebab kad ni tertulis yang..
Coklat ni dihantar untuk ‘Cikgu Arif yang Kacak!’ Cikgu makan tau coklat ni..Jangan share dengan Cikgu Jay.. Sebab Cikgu Arif lah yang paling Handsome! khas oleh ‘Secret Admire’ ”
So,dengar yang aku baca tadi? Hehe,ermm takpalah aku hadiahkan coklat ni untuk kau.Demi kau apa pun aku sanggup.

“Ayat macam budak darjah satu je. Hahaha..”
“Abah kau apa khabar,lama dah tak jumpa dia..” Arif tersenyum.Alhamdulillah sesungguhnya dia sangat bersyukur dengan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya.

Jay mengherotkan mulutnya. “Abah kau,kau kan baru jumpa Pak Jasdie tu minggu minggu lepas masa majlis pertunangan adik aku.Kau saja je kan?! Yeke kau kasi aku ni?! Thanks bro ini baru namanya Brothers.”

“Ohh,selama ni bukan Brotherslah ye?! Hurmm,adik kau pun dah bertunang.Kau entah bila lagi nak kahwin ni?.Kita dah kawan dari kecik luar dalam kau sume aku tahu.. tapi tulah poyo kau masih jugak melekat dalam diri tu.. macam mana perempuan nak dekat.Hahaa..”Mereka tidak berapa rapat meskipun sudah berkawan sejak kechil dan persahabatan mereka tidak putus hingga sekarang,umur mereka menjangkau 23 tahun.

“Adik aku tu dah gatal sangat umur baru 19 dah tunang,aku ni lainlah baru 23,sebab aku macho..Aku lebih rela takda peminat,daripada kena menghadap peminat yang macam peminat kau tu.Peminat yang psyco..”

“Ehh..mamat poyo nihh!”Arif geram melihat Jay yang poyo!Satu tumbukan padu yang perlahan hinggap di perut Jay.

“Aduhh..” Jay kononnya merengek kesakitan.Setelah itu mereka ketawa tak berhenti.Hampir semua guru yang berada di dalam bilik guru itu memandang gelagat mereka.“Maaf.. maaf” mereka yang menyedari kelakuan mereka dipandang,terus meminta maaf kepada guru-guru yang lain kerana mengganggu.

Kerja mereka hampir siap..tidak lama kemudian.. Jam ditangan ditilik sebentar,dalam pukul 2:30 petang

“Dah siap belum?”
“Ok dah,jom gerak.. tapi aku laparlah.. Lepak Starbucks nak?”
“Starbucks haram bro..HARAM!”
“Kalau gitu McD yok.”Ajaknya lagi..
“Hurmm,McD pun tak boleh der.. sebab sumber dia masalah..”
Jay mengelenggkan kepalanya,sambil tu dia berfikir.
“Aishh,,Starbuck tak boleh McD pun tak boleh..KFC ? Cepatlah,perut aku dah tak tahan dah ni.”
“KFC benda goreng-goreng banyak kolesterol.Tak naklah..Berlemak.”
“Ok last! Kita gi mamak yang dekat dengan rumah tu..”
“Mamak? Ermm.. mamak ek? Mamak…”

“Arghh! Lantak kaulah Arif!” Dengan perasaan yang berbaur geram bersama perut yang sedang lapar,Jay membawa diri ke tapak parking kereta.Pintu kereta dibuka,Jay masuk ke dalam perut kereta.Arif hampir tergelak sendiri melihat Jay yang sedang marah,dia juga masuk ke dalam perut kereta itu.Enjen dihidupkan,Jay mula memandu.

Sepanjang perjalanan,Jay hanya mendiamkan diri.. penat Arif berceloteh tetapi langsung tidak diendahkannya.Akhirnya mereka tiba di warung mamak yang bederkatan dengan rumah.Jay segera mengambil tempat duduk.

“Aney,roti sardin satu,roti kosong dua,.” Jay berteriak dalam keadaan dirinya yang agak kelaparan.Kemudia datang seorang pekerja berbangsa India mengambil pesanan.
“Makan apa inche?”
“Saya nak roti sardin satu,roti kosong dua!. Ha! kau Arif nak makan apa?hari ni aku belanja. Aku dah lapar dah ni’’
“Bagi saya meggi goreng special satu.”
“Minum inche?”
“Milo tabur satu.”
Arif mendekatkan mulutnya ke cuping telinga Jay.. “Weyhh Milo kan boikot! Milo dari neslate kan?!’’. “Rumah kita mana ada jenama neslate,mana ada milo,sebab tu aku nak order ni.,lama dah tak minum..lagi pun Gaza,Egype,Palestine tu kan dah aman.” Jawab seikhlas Jay dengan nada selamba.Hampir tersedak dibuatnya mendengar jawapan dari mulut Jay tadi. ‘Gaza,Egype,Palestine dah aman?! Hemmpp’ Nafas panjang ditarik.
“Ha,, saya nak air kosong satu.” Kata Arif dengan jelas.
Pekerja itu berlalu pergi ..
“Air kosong je? Ape pun tak boleh”
“Kau ni.. banyaknya makan? Boleh abis ke semua tu? Kan aku dah selalu pesan dekat kau yang satu per tiga untuk makanan,satu per tiga untuk minuman dan satu per tiga lagi untuk udara.. Aku rasa kau makan dua per tiga dan minuman satu per tiga,mana udara kau? Silap-silap tak boleh nak bernafas.”

“Bisinglah kau.. Kau jangan! Aku bertukar jadi bini Shreek kang! Baru tahu.. haha.” Tawa mereka pecah.. Tapi dalam hati Arif sebenarnya ada sesuatu yang tersirat..Selang sepuluh minit kemudian,makanan yang dipesan sampai di meja mereka.Keadaan warung mamak itu agak lengang maklumlah waktu-waktu petang macam ni kurang pelanggan.Setelah pekerja tersebut berlalu pergi,Jay terus makan tanpa membaca bismillah.Arif menggelengkan kepalanya.

“Kot ye pun lapar,bacalah bismillah dulu.” Jay terus makan tanpa menghiraukan sahabatnya.

Sedang Arif meneguk air kosong,di satu sudut tepi jalan dia terlihat seorang gadis bertudung labuh sedang mengangkat barangan dalam beg plastik yang kelihatannya agak berat.Hatinya tergerak untuk membantu tetapi tidak manis pula sebab gadis itu bertudung labuh.Sedang baru sahaja menyuap makanan ke dalam mulut..

“Gedebaabbb..” Kedengaran barang-barang yang dipegang gadis itu tadi bertaburan di atas jalan.Beg plastik itu tidak dapat menampung beban barangan yang dibawanya.Melihat sahaja kejadian itu,sepasang kaki milik Arif terus mendekati gadis itu dengan niat untuk membantunya,tiada diselangi dengan niat lain.Barangan yang bertaburan dikutip satu per satu.Pada masa yang sama gadis itu juga turut melakukan hal yang sama.Arif lebih berhati-hati mengutip barangan itu kerana takut-takut tersentuh tangan pemilik barangan tersebut.

Jay yang melihat situasi itu membiarkan saja tanpa ada niat untuk turut membantu. Pandangannya sinis.“Wanita Tudung Labuhhh...”

Barangan seperti botol kichup,kain pakai buang,tin susu,sabun penchuchi pinggan dan cholorc ada di tanggannya kerana plastik bag tadi sudah terkoyak.Beberapa barangan lagi ditampung oleh gadis itu.

“Awak dari mana? Nak kemana ni sebenarnya?”Soal Arif jujur.
“Dari hypermarket nak balik rumah.” Jawab gadis itu dengan nada yang sekata tanpa nada yang menggoda.Sedikit pun tidak ada..malah ketika menjawab pertanyaaan Arif juga dia menundukkan pandangannya,sedikit pun tidak memandang wajah ikhwan yang menolongnya tadi.”
“Apa number fon wali awak?”
Hampir tersedak gadis itu. ‘eh,apa tiba-tiba minta nombor telefon ayah ni? Tebiat ke apa?’ Hatinya berbisik hairan. “Ha?Eh,tak payah.. jangan susahkan diri,saya boleh jalan balik sendiri.” secara autometik dia terus memandang Arif dengan rasa pelik.Namun secara autometik juga dia menundukkan pandangannya kembali.

“Maksud saya,Apa number fon ayah awak? Saya nak hantar awak balik rumah..bahaya jalan sorang-sorang dengan keadaan terik macam ni lagi pun beg plastik awak pun dah koyak kan?” Arif memandang gadis itu seketika dan dia menundukkan pandangannya.Terdetik dihatinya ‘comel’. Perasaan itu perlu disisihkan segera.Perlu ingat kembali niat yang asal iaitu niat untuk menolong,bukan mengorat.

Kini gadis itu mulai faham.Nombor telefon milik ayahnya diberikan kepada Arif dan nombor itu di dail pantas.

“Assalamualaikum pak cik,saya Arif.Tadi barang yang anak pak cik bawak jatuh atas jalan kerana beg plastiknya koyak tak dapat nak menapung barang yang berat.Macam ni lah.. Saya berniat baik nak menolong anak pak cik.Saya takda niat nak apa-apakan dia.Saya akan hantar dia balik.Ha… ye pak cik terima kasih.Assalamualaikum..” Butang end call ditekan.

“Awak ikut saya sekejap,jumpa kawan saya.Jangan takut,tadi kan saya dah telefon ayah awak.”Lantaran muslimah itu pun menganggukkan kepalanya perlahan.

Arif berjalan menuju ke tempat Jay,gadis itu berjalan membuntuti Arif.
“Cepatnya kau habis makan?!”
“Abis tu tunggu kau lama sangat.. aku makan je lah.Nanti tak pasal-pasal aku pulak yang kena tahan lapar” Gadis itu berdiri sedepa dari mereka berdua.
“Dah abis kan? Jom kita kumpul pahala sikit.. tolong orang dalam kesusahan..”
“Hemm..” Jay menggerakkan kakinya ke kauter pembayaran.
“Aku pergi kereta dulu.” Mereka berjalan menuju ke sebuah kereta pygote bewarna biru milik Arif.Barangan tadi diletak di bahagian penumpang iaitu tempat duduk belakang.Enjen kereta mula dihidupkan.Gadis itu rasa serba salah pula kerana dirinya dianggap menyusahkan orang.Dari riak wajah gadis itu,Arif sudah dapat meneka. “Jangan risau,awak tak susahkan kami pun,saya ikhlas membantu.” Gadis itu mengangguk lagi.Jay sampai ke tempat mereka dan pintu kereta terus dibuka.Perjalanan diteruskan.

“Awak duduk mana?”
“Tak jauh dari sini.Dekat ja.” Setelah mendengar jawapan itu,Arif masih teruskan pemanduannya.
Jay yang rasa kurang senang ingin mencuba gadis itu.“Nama sapa?”
“Oh ye tak ye juga kan? Sampai lupa nak tanya nama..” kata Arif.Sejujurnya dia lupa menanyakan siapa nama gadis comel yang bertudung labuh itu.Dia ketawa kecil.

“Nabila ” jawabnya hanya sepatah.

“Broo.. sedap bro nama dia.Cantik pun ye,ko tak nak try ke?” Bisik Jay perlahan.Takut-takut gadis itu terdengar bisikkannya.
“Nak aku azankan kau ke bro? duduk elok-eloklah.”
Pedas! Hati Jay membengkak! #sentap.Tapi dia tak mudah berputus asa.
“Nabila belajar dekat mana? Course apa?”
“Saya cikgu tadika.”Matanya memandang ke luar tingkap.Cantik ciptaan Tuhan.
“Eh?! Kita bertiga samalah.. pendidik!. Murabbi right?!.” Sergah Arif teruja.
Kepala Nabila dianggukkan sedikit tanda setuju.Senyumnya terkoyak sedikit.
“Eh kau tahu tak.. perempuan tudung labuh ni kan! Kuat mengumpat tau.Kecoh doe orang-orang macam ni..” Jay memulakan niat jahatnya.Nada percakapannya juga agak kuat.

Nabila hanya membisu.Kalau dibidasnya pasti dia akan masak.Ada Ikhwat dua orang di depan, takut kalau-kalau dibidas kembali dia bakal di apa-apa kan.Dia berdoa agar cepat-cepat sampai ke rumah. ‘Takpa Nabila,sabar..’ bisik hatinya.

“Kau kenapa Jay? Memang patut aku azankan kau tadi.Menyesal aku tak azankan.Baca talkin pun okay jugak kan? Kasi kau sedar..merepek apa kau ni?” Kata Arif dengan nada yang bergurau.Entah kenapa sikap Jay tiba-tiba berubah.

“Benci aku dengan orang-orang macam ni.Tudung je labuh tapi mengumpat jugak.Sakitkan hati orang jugak.Buat dosa je tahu,padahal pakai tudung labuh.menutup aurat kononnya.Memang tak boleh pakai dia orang ni.Dia orang ni semua Hipokrit.Buat semak kau tahu?!”
Nabila tetap terus berdiam diri walaupun dalam hati membuak-buak ingin bersuara! Senyap.Matanya terus menikmati alam semula jadi ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa.Perlu berfikir masak-masak untuk membuka mulut untuk melawan kembali apa yang diperkatakan oleh mereka.Sabar sebahagian dari iman.

“Abis,kau tak kira mengumpat ke ni? Ke kau fitnah orang? Tak dosa? Kau mengumpat dapat pahala? Berlipat ganda pahala kau? Atau dosa kau yang berlipat-lipat kali ganda.” Bidas Arif dengan sedikit tegas! Tapi dengan nada yang sederhana sahaja.
Mereka bertekak seakan-akan mereka berdua sahaja yang berada dalam kereta itu.Semacam Nabila tiada dalam kereta itu.

“Hurmm.. budak-budak yang pakai purdah tu..Hishh tak panas ke?!” bentaknya sedikit. “Diaorang ingat kat sini padang pasir ke apa? Nak tutup-tutup bagai.Rimas,semak.. Sakit mata aku.”
“Kalau gitu,kau jangan keluar rumah.Duduk diam-diam je dalam rumah.” Nasihat yang berterusan terus diberikan tanpa jemu.Bila orang cuba untuk melawan,jangan kita cuba untuk melawannya kembali.Kalau kita melawannya kembali itu bermakna kita sama saja dengan dia.Dua kali lima saja.

“Kau tak payah nak berlagak baiklah Arif tak payah nak berlagak alim,bukan kau pun tak suka ke dengan orang yang pakai tudung-tudung labuh ni? Semak kan!”

 “Astagfirullahalazim..Jay pleasee..” Arif mengucap panjang dan merayu supaya jangan mengingatkannya kembali dengan peristiwa dulu.. Sememangnya dia seorang yang seperti itu sewaktu dahulu.Tapi itu dulu.. Hanya seketika.Ketika dia terjerumus ke lembah Jahilliyah ! Arif benci akan sewaktu dia terjatuh duhulu.Perit! Sakit! Jay macam sengaja nak ingatkan kembali tentang kesilapannya yang lalu].Itu kisah dulu.Jay dan Arif sama-sama sakit sewaktu ketika dahulu.

Wajah Arif mula kelihatan merah.Membahang merah menahan marah.Lantas dengan segera dia beristighfar. Cepat-cepat beristigfar sebelum syaitan yang mengendalikan emosinya. ‘Astagfirullahalazim,astaghfirullahalazim,astaghfirullahalazim..sabar Arif,Allah bersama orang yang sabar.. Percayakan Allah.Allah selalu ada untuk bantu kau kembali Arif.’ Hatinya berbisik untuk memujuk diri.

Sampai sahaja di depan rumah Nabila angaran pukul 3.30 petang.Jam tangannya ditilik sebentar.
“Nabila? Ni betul rumah awak?’’ tanya Arif bersahaja.
“Ye,betul.” Kepalanya sedikit dianggukkan.
Kaki Arif terus melangkah ke boot belakang keretanya dimana barangan yang dibawa oleh Nabila tadi disimpan.Nabila keluar dari perut kereta tersebut dengan barang yang dipegang kemas di tangannya.Sedangkan Jay,dia hanya bersandar di tempat duduknya.Barangan yang diambil Arif dari boot kereta diberikan kembali kepada Nabila secara perlahan-lahan dan teratur dengan penuh berhati-hati.Takut-takut barangan itu jatuh nanti.

“Assalamualaikum..” Perlahan suaranya ketika Nabila memberi salam.Arif juga tidak terkecuali melakukan hal yang sama seperti Nabila.    

“Waalaikumussalam..” Jawab seorang lelaki yang berusia lingkungan 50-an,keluar dari pintu rumah ke halaman depan.

“Haa.. akak da alikk.. yeah akak da alik..” seorang kanak-kanak perempuan comel molek berlari ke arah Nabila dengan senyuman yang sangat comel.Dia menerpa ke arah kakaknya dengan riang. Arif tersenyum kepada anak kecil itu. ‘Comel seperti kakaknya’ .Itu saja yang dapat diungkap.Adiknya turut membantu membawa barangan yang penuh di tangan kakaknya.

Dengan rasa merendah diri,Arif menyalam tangan lelaki tersebut.Salaman itu disambut dengan senyuman yang tenang lalu memandang wajah Arif kembali.
“Terima kasih syabab.Terima kasih sebab tolong anak pak cik..susahkan kamu saja.” Bicaranya.Syabab disini bermaksud pemuda.. Arif tahu perkataan itu.

“Sama-sama.Tak menyusahkanpun..takpa masa tu anak pak cik dalam kesusahan.Jadi saya bantu.Kalau sesiapa saja dalam kesusahan pasti saya akan membantu.In syaa Allah.” Ujar Arif kembali.

“Marilah masuk dahulu.Kita minum,berbual sedikit” Pelawanya mesra.
“Terima kasih pak cik.Tapi saya hanya nak hantar anak pak cik ja.Itu niat saya pak cik, tak lebih dari itu.Saya ikhlas tolong anak pak cik.” Bicara Arif dengan jujur.
“Dalam kereta tu siapa?” Saja bertanyakan apa yang dilihat.
“Oh,tu kawan saya.. dia tertidur.” Jawab Arif jujur tanpa berbohong.Disebabkan kekenyangan melampau Jay tertidur dalam kesejukan air cond.
“Saya minta diri dulu ya pak cik.. Assalamualaikum.” Sekali lagi mereka bersalaman.
“Terima kasih ya.Waalaikumussalam”

*di rumah..
“Ha,,dah balik pun korang.. dah makan?” Tegur Anwar mesra.Anwar merupakan teman serumah mereka yang sering mengambil berat terhadap teman-teman serumahnya.Dia juga seorang yang berwawasan tinggi,penuh tangunggjawab.Bekerja sebagai seorang photogharpher yang officenya terletak di pusat bandar.

Rumah itu merupakan rumah milik Muadz Arif yang diberi oleh mama dan papanya sebelum mereka berlepas ke London atas urusan kerja.Mereka menetap disana untuk beberapa tahun. Angarannya dalam 5 tahun setengah,teteapi dalam dua bulan sekali..pasti mereka akan melawat anaknya di Malaysia.Adik-adiknya dibawa bersama untuk tinggal di sana kerana disini tiada siapa yang bakal menjaga mereka.Mereka juga bersekolah disana.Arif merupakan anak sulung dalam keluarga.Muadz Arif Bin Damien berdarah kacukan british.Wajahnya lebih mewarisi kepada papanya.Encik Damien seorang mualaf yang dulu beragama Athies tertarik kepada Islam deen Allah dan terus kembali kepada Islam iaitu kembali kepada fitrah.Setiap roh beragama Islam tetapi mereka lahir mengikut agama yang dianuti oleh ibu bapa mereka.Sebab itulah bila seseorang itu kembali kepada Islam ia seharusnya ‘kembali kepada Islam’ dan bukannya ‘masuk Islam’.
*Betulkan jika saya salah*

Atas urusan bissness Encik Damien berhijrah ke Malaysia.Disitulah dia telah jatuh hati dengan seorang wanita Malaysia iaitu mamanya,Puan Suhaila .Merka berkahwin pada usia yang agak muda pada waktu itu.Pada awalnya Arif juga dipaksa ikut tinggal bersama di sana.Disebabkan Arif seorang yang suka bersederhana, dia memilih untuk tinggal di Malaysia.Tidak tahu kenapa? Tetapi hatinya lebih tertarik di Malaysia berbanding London.Malaysia bumi bertuah dimana dia dilahirkan sewaktu ketika dahulu.Dia diberikan sebuah kereta mewah dan sebuah rumah.Tiap-tiap bulan papanya akan bank-inkan duit untuk menjana kos sara hidup yang baginya wang itu lebih dari cukup.Dia sangat bersyukur kerana diberikan dua insan yang sangat sempurna baginya.

Disebabkan rumah itu agak besar dan sunyi yang amat membosankan kalau tinggal seorang diri,dia mendapat satu idea.Rumah itu mempunyai lima buah bilik berasingan.Diajaknya Jay,Anwar dan Azrul untuk tinggal bersama bagi memeriahkan susana rumah.Setiap seorang,sebuah bilik.Dibiarkan sebuah bilik itu didiami oleh barang-barangan atau lebih mesra bilik itu dipanggil stor.Makan minum sama-sama tanggung.Mereka tinggal dirumah itu percuma tetapi setiap seorang mesti membayar bil-bil tertentu..Sebagai contoh,Arif akan membayar bil elektrik.Jay,bil Astro,Anwar bil Wifi dan Azrul diminta membayar bil air. Anwar adalah yang paling rapat dengan Arif,walupun Jay dan Arif sudah berkawan sejak kechil..Anwar lebih memahami..
“Dah.. Dah kenyang dah tadi.. banyak aku makan.Harap rasa kenyang tu sampai malam.. tak tahu lah kalau member kau sorang ni masih lapar?” Jay tersenyum sisnis.Langkah kakinya terus ke biliknya sendiri.Arif yang berdiri di depan Anwar hanya mengelengkan kepalanya.
Senyuman yang terkoyak sedikit diberi kepada Arif. “Kalau kau lapar,aku boleh masakkan.Aku pun belum makan lagi ni...”
“Thanks,actually aku lapar.Hehee tak sempat nak makan tadi.” Perutnya berkeroncong mesra.Lapar.
“Sama-sama.” Senyumya terkoyak lebih luas.kali ini. “Ni yang buat aku sayang kau ni..” balas Arif manja. Mereka berpelukan. Ini membuatkan tali Ukhwah Fillah mereka terjalin rapat.Jay dan Azrul hampir menggelar mereka ‘gay’ kerana terlalu manja dan rapat.
“Cikgu mandilah sana.bau..”
“Eh! Elok sikit ea.. haha” pelukan dileraikan.
“Pergi mandi dulu,aku masak.Lepastu makan.”
Sikap Anwar agak keibuan lembut, penyayang,menjaga hati,pandai masak,pandai menguruskan rumah tetapi dia bukan lelaki lembut.Sesungguhnya Anwar seorang lelaki tulen malah bersuara garau.Anwar Omar seorang yang bersikap matang dalam banyak hal..

Langkah kakinya terus masuk ke bilik untuk mandi.Solat Dzuhur sudah ditunaikan disekolah tadi seperti selalu.Usai mandi dan berbau wangi,dia menuju ke dapur.Kelihatan sahabatnya itu sedang menghidangkan makanan.di atas meja.Nampak sangat menyelerakan.
“Pergi panggil Jay sekali.” Ujar Anwar.Sepasang kakinya melangkah ke hadapan pintu bilik sahabanya yang seorang itu.Pintu diketuk.
“Jay,makan..”
Pintu diketuk beberapa kali lagi.Masih tiada jawapan.
“Anwar panggil suruh makan..Jom makan sekali.”
“Aku dah kenyang.” Laungnya dengan keras.Terkejut Arif.Dia beristighfar.Kakinya kembali melangkah ke dapur.Ada ayam masak kicap dengan sayur goreng.Amat menyelerakan memandangkan perut sedang menahan lapar .Kerusi ditarik,punggung dihenyakkan.Air dituang ke dalam gelas.

“Ha.. jom makan.Mana Jay?”
“Dia dah kenyang.Sedapnya kau masak.. ibu mithali betul..” Puji Arif jujur.Kadangkala dia terkesima dengan sahabatnya ini.
“Alhamdulillah..”

Mereka memulakan dengan basmalah.. Anwar memandang sahabatnya sekilas,Arif makan dengan sungguh berselera.Ini membuatkan hatinya turut gembira.. Lauk tadi masih berbaki, ditinggalkan untuk Azrul yang bakal pulang kerja nanti.Usai makan.. mereka melangkah ke bilik Arif,lalu bersama-sama solat Asar berjemaah.Anwar imamnya.Tenang sanubari.Di bilik Arif agak sedikit mewah memandangkan dia pemilik rumah,biliknya paling besar.Anwar agak suka melepak di bilik temannya itu.TV dihidupkan,decorder ditekan.Mereka duduk bersila di atas katil sambil menonton.Anwar memandang wajah Arif seketika,lalu memandang kaca TV kembali.Volume TV diperlahankan.Wajah arif nampak runsing.

“Apa cita hari ni? Asal aku tengok Jay macam lain je? Kau ada masalah dengan dia ke? Cerita dengan aku..” Sinonim dengan sikapnya yang baik hati.Selalu menyediakan telinga untuk mencurahkan luahan hati teman serumahnya.
“Entahlah.. Aku tak tahu nak mula dari mana..”
“Hurmm,teruskan je kepada isi.Tak payah nak mukaddimah sangat.Kau sendiri pun tak tahu nak bermukaddimahkan? So terus kepada isi.Apa jadi?”
Kadangkala tingkah mereka seperti anak kecil yang belum cukup matang,fikir Anwar.
Arif menceritakan apa yang terjadi antara dia dan Jay sewaktu menghantar Nabila tadi.Anwar mengangguk faham..
“Anwar,dia semacam nak ingatkan aku tentang hal yang dah lepas..Tentang Safiya. Depan Nabila pulak tu..Kau tahulah,Nabila tu si pemakai tudung labuh,then Jay sengaja,.. Aisshhh! Geram betul…”


“Sabar Arif,Allah cintakan orang yang sabar.Jangan macam ni. Ok,aku faham,kau tak suka bila hal itu dibangkitkan.Kau kena faham yang dia juga pernah lalui hal yang sama macam kau.Persis.Hal yang sama tapi situasi yang berbeza.Mungkin hati dia masih terkesan dengan peristiwa tu. Bayangkanlah,Areen yang Jay cinta sangat-sangat tu menipunya dan kau pun tahukan yang si Areen tu pemakai tudung labuh? Luarannya berperibadi mulia?.Ingat lagi?”

Arif mengangguk tanda mengiakan.Sememangnya di zaman Universiti dahulu,merupakan zaman dimana remaja sedang hangat bercinta dan remaja sibuk mencari calon suami dan calon isteri.Jay jatuh hati dengan seorang gadis muslimah,bebaju longgar apabila ke kuliah,bertudung labuh,yang berteman hanya akhwat,berperibadi mulia dan berwajah ayu.Yang penting,sejuk hati memandang.Jay dan Areen lebih mesra dipanggil couple Islamik.Hanya bermesej saling ingat mengingati Tuhan.Chating di FB dengan perkara yang berbaur nasihat dan kadang-kala ada sedikit nakal.Bila terserempak mereka akan malu-malu.Masing-masing tudukkan pandangan. kononnya masing-masing tidak mahu melampaui batas.Hampir setahun mereka bercinta.Akhirnya Jay mengambil keputusan untuk hantar pinangan buat Areen,tetapi ibu bapa Jay masih belum dimaklumkan lagi.Di taman beriadah adalah dimana peristiwa pahit ini berlaku.

Jay terlambat sampai di taman itu.Terlihat seseorang dari jauh,Areen yang sedang penat menunggu,bersamanya seorang akhwat menemani.Dari belakang tembok,Jay cuba mengintai. Tiba-tiba dia terdengar sesuatu…

“Lisa,kau fikir.. aku betul-betul ke sukakan dia?”
“Mestilah.. kalau tak kenapa kau berchenta dengan dia.. ala-ala Couple Islamik gitu.” Sahut Lisa jujur.
“Huh!” kedengaran Areen yang berdengus sinis.
“Dia tu lurus kau tahu?! Lembap.. Selama ni aku bukan suka dia pun.. Saja nak main-mainkan dia.. Yang dia syok kat aku betul-betul tu kenapa?! Bodoh..”
“Astagfirullahalazim.. Areen..apa kau cakap ni.” Bentak Lisa bagaikan tak percaya!
Selepas terdengar bait-bait yang diungkap oleh Areen..Jantung Jay bagai nak gugur. ‘Selama ini dia mainkan aku?! Allah!’ rasa bagaikan lututnya lemah..
“Memang aku tak suka dia pun Lisa.. Rimas.Bukan hendsome mana pun.Solat pun tak penuh,ada hati nak dekat aku.Hey,tolong sikit okay.. Sebab itu harini aku nak jumpa dia,cancelkan perancangan dia yang nak masuk meminang aku tu.Lebih baik cancelkan awal-awal daripada family dia yang dapat malu nanti sebab aku tolak nanti. ” Senyumnya sinis.

‘Adakah ini yang Kau tunjukkan padaku Ya Allah selepas aku solat Istikharah.. inikah petunjukknya Ya Allah..? Astaghfirullahalazim..’ Hatinya kian berkecamuk!

Dan sejak peristiwa itulah bermulanya ,Jay bencikan wanita-wanita Muslimah.Dia melabel mereka itu semuanya ‘hipokrit’.Sebab itu juga Jay tidak sukakan Nabila…

 Dari duduk bersila di atas katil tadi,Arif menghempaskan pula badannya.Merenung ke siling.Anwar hanya melihat saja gerak geri sahabatnya.
“Aku dan Jay,sama.. Sama-sama sakit disebabkan wanita muslimah.Tapi aku percaya dengan Allah.. Aku percaya ...“ matanya pelahan-lahan dipejamkan.
“Apa yang kau percaya?” Soal Anwar.
“Aku percaya yang tak semua si pemakai tudung labuh seperti itu!” Anwar tersenyum melihat Arif.Sahabatnya itu kian telah berubah.Manis rasanya melihat perubahan sahabat baik di depan mata.Lebih sweet lagi jika kita yang membimbingnya.Mana taknya..Arif juga mempunyai kisah pahit..


Surah Ar-rad  13:11
“…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri…”


Sedang merenung ke siling.. Tiba-tiba otaknya refresh kembali apa yang terjadi dengannya bersama Safiya sewaktu di kuliyah dahulu..Arif sibuk bercinta dan Safiya juga mencintainya,walhal Safiya sudah bertunang.Sepanjang mereka bercinta,tidak pernah sekalipun Safiya memberitahu tentang status dirinya yang sebenar.Mereka hangat bercinta dan sampailah suatu hari yang amat terkesan dijiwa. Dia dikejutkan tentang suatu berita dari Anwar. Rupanya Safiya Umairah bakal berkahwin dua hari lagi dan dia sudahpun berangkat ke Canada bersama keluarganya untuk bernikah disana.Anwar tahu yang Safiya sudah bertunang kerana terlihat cincin yang disarung di jarinya.Apabila berjumpa Arif sahaja pasti cincin itu ditanggalkan dari jarinya,tetapi Anwar tak sampai hati untuk memberitahu sahabatnya itu..

Dia merasakan yang Safiya Umairah membohonginya selama ini dan dia tidak dapat menerima itu.Arif juga bencikan si pemakai tudung labuh pada awalnya. Benci yang teramat benci! Sama seperti Jayharry. Sampailah Anwar yang mengajaknya untuk berubah dan pintu hatinya terbuka untuk bertaubat. ‘Thanks to ALLAH.’ Detik hatinya.

*Beberapa hari kemudian~
-sewaktu di kedai runcit-
“Assalamualaikum..” Pandangannya di tolehkan ke belakang,mencari arah suara yang menyapa. Terkejut tatkala mengetahui siapakah pemilik suara tersebut. Lantas bibirnya manis tersenyum.
“Waalaikumussalam.. Pak Cik.. Apa khabar?” Arif terus bersalaman tanda rasa hormat.
“Alhamdulillah..Pak Cik sihat… Arif macam mana?” soalnya kembali dengan mesra.
“Alhamdulillah sihat.” Senyumnya terkoyak lagi.
“Pak Cik minta diri dulu ya.. orang rumah nak masak ni.Assalamualaikum.”
Salam disambut mesra.“Waalaikumussalam.. Jalan baik-baik ye Pak Cik..” Pak Cik Ahmad tersenyum tatkala melihat gerak-geri anak muda di depannya itu.Sesuatu.

*Dibilik Anwar~
Sejak kebelakangan ni fikirannya agak bercelaru.Sering termenung seorang diri.. Sesuatu yang tak kena sedang berlaku.Anwar yang sangat rapat dengan Arif dapat menghidu sesuatu.Sesuatu yang aneh.Tiba-tiba Anwar memasang lagu sentimental.Mendayu..
“Aku cakap sikit boleh?”
“Boleh..”
“Aku tengok kau macam semacam.. kenapa? Asyik termenung je.Kadang-kadang sampai cakap sorang-sorang.Tido bercakap.Berangan,sampaikan lupa barang letak dekat mana.Gelisah selalu. Kau kenapa? Sakit ke?Cerita dengan aku.” Pujuk Anwar.
Kepalanya secara autometik terus dilentokkan di riba Anwar.Terletak cantik.Sepasang mata bulatnya memandang sesuatu secara statik.
“Dah lama ke kau nampak aku pelik macam tu?” soalnya dengan nada yang bertanya dengan serious..
“Adalah dalam dua minggu kebelakangan ni….”
“Aku tak tahu.. rasa macam sesuatu..Aku dah cuba,dah hindarkan jauh-jauh..Tapi tetap juga datang.” Arif memandang Anwar.
“Sakit cintakah?” Keningnya diangkat beberapa kali.Seyuman semakin torkoyak luas.Anwar meraup janggutnya yang sejumput itu.
“Aku tak kenal pun dia.. Taaruf pun tak pernah.Kadang-kadang dia datang dalam mimipi aku. Hampir semua serba tak kena. Aku dah cuba sibukkan diri dengan berzikir,baca al-Quran,buat kerja-kerja yang berfaedah tapi tak jalan jugak! Asyik terbayang je wajah dia. Aku tak tahu.. Aku dah cuba juga solat istikharah,tahajjud..”
“Ermm.. so setakat ni ada petunjuk?”
“Aku mimpi dia,dia senyum dekat aku weyh and aku jumpa ayah dia dekat kedai runcit semalam.. masa nak beli sabun basuh.”
“So? Apa tunggu lagi?! Go on..bro.”
Arif terus bangkit dari riba Anwar.. Sebelah keningnya diangkat tinggi.Keningnya mula berkerut.Dia betul-betul tak faham.
“Ha? Apa.. aku tak faham.Sila beri pencerahan..” mohonnya.
“Terang-terang dah ni petunjuknya.Memang jodoh dia dengan kau.. Sapa nama bidadari kau tu? Nabila ea? Hahaha” Ketawanya pecah.
“Banyaklah kau punya bidadari..” mulutnya diherotkan sedikit.
“Ye! Bidadari Sorga,.. cepatlah masuk meminang,nanti terlepas ke tangan orang.. Tak pasal-pasal makin sasau kau ni! Parah menengoknyee..”
“In syaa Allah.. Doakan yang terbaik untuk aku..”
“Selalu”
Mereka terus berpelukan.Pelukan mereka sangat erat, kuatnya seperti ikatan tali Ukhuwah Fillah yang tersimpul padu antara mereka.Arif dapat merasakan sweetnya persahabatan yang terjalin. ‘Allahu’.Sebak seketika hati Arif tika ini.Manitis air matanya.Anwar menepuk-nepuk belakang Arif perlahan. “Semoga Allah permudahkan urusan kau.” Suatu moment yang sangat manis.
Bakal bersambung di part 2.. sekian~

 
#Murabbi = pendidik.
#Ikhwan=muslimin lelaki
#Akhwat= muslimat perempuan.
#Wali=ayah.
#Mukaddimah=permulaan
#Taaruf=berkenalan
#Ukhuwah Fillah=sesuatu yang terjalin kerana Allah contohnya persahabatan







Terima Kasih kerana sudi membaca :)