Saturday 12 October 2013

Mr Lipton,Gadis Oreo dan Lee Gi Kwang II [Cerpen}

Views

Pintu bilik anaknya diketuk."Nia dah siap ke? boleh mama masuk?" Bilik Rania sudah dihias walaupun dihias dengan sederhana tetapi nampak sangat cantik.Ini semua sentuhan pakar oleh wedding planer yang ditempah khas.Tak rugi mereka menggajikan pakar wedding planer tersebut.

"Mama masuklah.." Rania yang duduk di birai katil mula meniskan air matanya yang mahal.Hatinya sebak kerana dalam satu jam lagi dia akan menjadi yang halal bagi suaminya,Aeril Zaryf yang rasa cintanya baru nak berputik.Mahal disini bermaksud Rania seorang yang tidak suka menangis dan dalam waktu tertentu sahaja yang dia akan menangis.Jadi air matanya sangat mahal.Datin Zara menghela nafas dan mendekati Rania,dia meminta mak andam keluar sebentar kerana ada hal yang hendak diperkatakan dengan anaknya. Mak andam itu mengangguk faham dan terus keluar memberi laluan untuk sesi anak beranak bercakap.Air mata Rania dikesat oleh mamanya.

"Jangan menangis sayang,mama tahu ini berat untuk Nia..Tapi kamu perlu juga melakukannya.Mama dengan papa sayangkan Nia kerana Allah.Mama and papa tahu yang Nia cintakan Zaryf tu.Sejak Nia main kejar-kejar dengan dia,setiap kali Nia lawan cakap dia mama tahu yang Nia memang suka dekat si Zaryf tu.Mama nampak mata Zaryf bersinar masa pandang Nia.Jadi sebelum terlambat baik kami nikahkan kamu berdua.Mungkin sekarang cinta Nia pada dia baru nak berputik,tak apa..cinta selepas kahwin lebih indah dan akan kekal cintanya yang abadi Insha-Allah.Nia jangan salah anggap pada kami.. kami.."

"Sokay,Nia faham..Lepas ni tanggungjawab Nia besar,kena jaga kelakuan Nia,kena patuh cakap suami,kena jaga makan minum suami.Mamakan tahu syurga isteri di bawah telapak kaki suami, Makan minum suami?Mama,Nia mana pandai masak!..tak kan hari-hari Nia nak sumbat mulut dia dengan Oreo? Nia tak kisah sebab Nia dah biasa,lainlah dia..Macam mana ni ma,nanti dia tinggalkan Nia." Fikirannya mula pusing,sudahlah tidak pandai memasak kalau macam tu macam mana nak menambat hati suami?
Ya tak ya juga kata Rania,tak kan hari-hari nak sumbat mulut menantunya itu dengan Oreo.Mau muntah-muntah jadinya."Kesitu pulak fikirannya,tak apa..Nia kan boleh tengok Youtube,macam-macam ada dalam tu.Cakap je Nia nak masak apa then pergi search..Nia belajarlah masak dekat situ.Insha-Allah air tangan seorang isteri tu sedap kalau kita masak dengan keikhlasan dan penuh kasih sayang." pujuk Datin Zara lalu mengesat air mata yang tertumpah di pipi anaknya.


Sebuah senyuman terukir dari anak gadisnya.Mereka perpelukan erat.Hati Rania kini kembali tenang.
"Dah,jangan nangis nanti hilang pulak serinya." Selepas ini lepaslah tanggungjawab dan didikan Dato' Hisyam dan Datin Zara terhadap Rania Qistina kerana tanggungjawab itu bakal diambil alih oleh suaminya sendiri,Aeril Zaryf. 

“Ma..macam ni lah baru tak jatuh tabbarruj.” Rania menyenyitkan matanya.Datin Zara mengangguk faham.Dia bangga dengan anaknya.
Pintu bilik dibuka,Datin Zara keluar dari bilik itu dengan senyuman kecil ketika memandang suaminya.Mak andam tadi masuk semula ke bilik Rania untuk mentacap-tacap Rania.Rania Qistina tidak perlu solekkan yang tebal kerana dia memang semula jadi sudah cantik,jadi solekkan nipis saja sudah membantu dia untuk menjadi lebih cantik.

Dato' Hisyam menuruni anak tangga satu per satu,langkahnya diikuti oleh Datin Zara.Dari anak mata Dato' Hisyam dia memandang Aeril Zaryf yang sedang duduk diruang tamu dengan sedara mara serta sanak saudara yang dijemput sebagai saksi anak mereka yang bakal diijab qabulkan olehnya nanti.Tidak lupa juga,Tan Sri Arshad yang merupakan sahabat karibnya sejak di bangku sekolah lagi sehingga sekarang. Dato' Hisyam juga tidak menyangka bahawa anak mereka bakal disatukan.Lapan dulang hantaran dari pihak lelaki dibalas dengan lima dulang dari pihak perempuan.Majlis kecil-kecilan sahaja.
Tan Sri Arsyad memang sudah berkenan dengan Rania sejak pertama kali Rania menolongnya ketika dia hampir dilanggar motor.
Tan Sri Arsyad sibuk dengan hal pejabatnya menjawab telefon.Sedang asyik bercakap dia hendak melintas ke seberang kerana keretanya ada di sana.Tanpa menoleh kiri dan kanan dia terus melintas dengan selamba.Tidak disangka sebuah kereta hampir melanggarnya,itu juga kerana kecuaiannya sendiri.
"Tinnn!"
"Pak Cik!!!" Rania terus menolak lelaki itu dengan ke tepi kuat.. baik dia mahupun pak cik itu tergolek bersama.Untung saja selamat,kalau tidak,entah apa yang akan berlaku tadi.
Nasib baik tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.. "Pak Cik okay? ada luka tak?"
"Terima kasih,siapa nama kamu?"
“Nama saya Rania,.Rania Dato Hisyam”
Ada sesuatu yang terpamir pada wajah milik Rania.Wajahnya mirip sekali dengan sahabat seperjuangan sewaktu dahulu iaitu Hisyam.Rupa-rupanya dia baru mengetahui yang Rania itu adalah anak kawan karibnya ketika bertanyakan siapa nama ayahnya .
Kelihatan peluh Zaryf mula membasahi dahi.Arhh.. degupan jantungnya amat kencang! Sewaktu berumur 21 tahun dia sudah mahu digelar suami orang sedangkan remaja lain yang sebaya dengannya sedang sibuk menguruskan hal-hal dunia yang entah ke mana.Dunia yang melalikan.Tanggungjawab sebagai seorang pemimpin amat berat kerana Zaryf belum benar-benar bersedia.Baginya ilmu yang dia ada sekarang ini masih lagi belum cukup untuk memimpin isterinya bersama ke syurga,namun Zaryf bukan seorang yang mudah berputus asa,dia pasti akan mencuba yang terbaik.

Lafaz ijab kabul disempurnakannya.Zaryf berusaha menyambutnya dengan jelas dan tenang sambil menggenggam erat tangan bakal bapa mertuanya.
“Sah?” Dato Hisyam memandang ke kanan,bertanyakan saksi.
“Sah!” Pertanyaan itu disahut.
Kini Dato Hisyam memandang ke kiri pula,dia bertanyakan “Sah?”
“Sah!”
Kini tinggal seorang sahaja lagi saksi.Peluh di dahi mula memercik menanti jawapan saksi yang terakhir.Sungguh dia tidak mahu mengulangi lafaz akad kerana fikirannya mungkin akan buntu dan tidak tentu arah serta merta lidahnya bakal menjadi kelu.Zaryf menantikan kata-kata keramat itu! Saudara mara memandang pada saksi yang ketiga.Dari riak muka mereka,semua tidak sabar untuk menantikan kata-kata ‘sah’ dari mulut saksi tersebut.Sungguh Zaryf sangat gelabah waktu ini.Tangan Dato Hisyam masih lagi digenggam erat.
“Sah!” kata saksi yang terakhir sambil menganggukkan sedikit kepalanya.
Hati Zaryf kian lega.Senyuman di bibir berseri-seri.Kini Zaryf bergelar suami kepada Rania.Kini dia seorang pemimpin,iaitu ketua keluarga dalam rumahtangganya.Memori manis mereka dirakam.Kini masanya untuk pembatalan air sembahyang.
Zaryf mendekati Rania secara perlahan.Wajahnya bertukar merah dek menahan rasa malu yang terpendam,tetapi dia harus nampak neatural.Tangan dihulur dan disambut perlahan oleh isterinya yang sah.Tangan itu dikucup perlahan.Saat ini jantung Rania pula yang berdegup kencang! Terdetik di hati Rania ‘Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. Tapi aku mahu menjadi hebat dimata dia.’ .Setelah itu,Zaryf tidak mencium Rania seperti mana kebanyakan orang selalu buat.Dia meletakkan tanggannya di ubun-ubun isterinya lantas berdoa..

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.’’ (Riwayat Abu Daud)

Terharu sungguh hati Rania saat itu,sungguh dia bertuah memiliki lelaki yang diimpikannya selama ini.Semoga mereka bersama ke syurga.Setelah akad nikah mereka berdua selesai,selang beberapa jam kemudian Dato Hisyam bersama Datin Zara berlepas ke tanah suci untuk mengerjakan umrah.Zaryf diamanahkan oleh bapa mertuanya untuk tinggal di rumah itu bersama Rania selama mereka masih di tanah suci.

‘Dulu tidak halal,tapi sekarang dia telah halal bagiku atas nama Allah. Aku bertanggungjawab ke atasnya dengan ikatan nikah dan aku bercinta dengannya.’ Zaryf bebisik di dalam hati. Dia yang berdiri di depan kamar pengantin baru terpacak seperti tiang elektrik. ‘Nak masuk ke tak? Nak ke tak nak ni???’ Dia kembali runsing,malam pertama.Bagi setiap pasangan pengantin baru,malam pertama adalah sangat penting! 
Tombol pintu terus dipulas,dia perlu yakin pada diri dan semangatnya juga harus kuat. Kakinya melangkah masuk dengan perlahan..Suasana di dalam bilik itu seperti istana yang mewah,dihias dengan pelbagai jenis bunga yang sangat cantik.Tidak kurang juga dengan bau poppuri yang harum.Terlihat isterinya yang masih belum betul-betul matang dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.Kasihan sungguh,akan dibimbingnya Rania ke jalan Allah.

Bahu Rania disentuh lembut.Bagaikan ada aura yang sedang meresap di salur-saluran jantungnya.Rania memandang wajah Zaryf dengan malu-malu.Wajah mereka nampak kemerah-merahan.
“Sayang,kita solat sunat pengantin sama-sama ya?” Ujar Zaryf ikhlas.
Senyuman manisnya dihadiahkan buat suami.Tidak pernah dia menyangka bahawa di usianya kini sudah mempunyai seorang suami yang mampu mengimamkannya.Rania sungguh gembira apabila Zaryf mula memanggilnya ‘Sayang’. Solat sunat pengantin?! Nasib baik dia sempat membuat re-search pasal solat itu. Sedikit sebanyak,dia tahu untuk mengerjakannya.Hanya dua rakaat sahaja untuk solat sunat pengantin.Tidak susah untuk mengerjakannya namun manfaatnya sungguh besar.

Zaryf mengimamkan isterinya di malam pertama.Rania mengaminkan semua doa-doa yang dibaca oleh Zaryf.Usai berdoa,Rania menyalam suaminya.Sekali lagi Rania menghadiahkan senyuman manis untuk Zaryf.Hati Zaryf bergetar!
“Terima kasih jadi imam Nia untuk malam pertama ni.”
"Life is fragile, Handle with prayer.Alhamdulillah..” Syukur tak terkata.Zaryf mengusap dan mencium ubun-ubun Rania sambil mendoakan kebaikan ke atasnya.“Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu kebaikan dan kebaikan ke atasnya.Dan aku berlindung daripada-Mu daripada kejahatan dan kejahatan ke atasnya” (Riwayat Bukhari,Abu Dawudbdan Ibnu Majah)..
Mereka duduk di birai katil.Mula-mula berbualan mereka rasa canggung dan kekok dengan keadaan seperti itu.Rania mendapat idea…
Anak rambut isterinya terjuntai dibetulkan segera.Zaryf melihat wajah ayu Rania dengan tenang.Nafsunya tidak tergopoh-gapah sama sekali,dia bijak mengawal nafsunya.
“Awakk..” Bisik Rania perlahan.. Pipi Zaryf diusap lembut,lantas berdiri di depan suaminya.Tiba-tiba..
“Niaa.. kenapa ni?” tubuh Rania digoncang perlahan. “Sayang,bangun!” Kenapa pula dengan Rania ni? Tiba-tiba saja pingsan.Risau hatinya! Zaryf tidak panik,dia segera mengangkat Rania ke atas katil saiz King yang empuk.Air jarang yang tersedia di sebelah katil diambil Zaryf,lalu air itu disapukan di muka isterinya yang tercinta dengan lafaz Bismillah sebanyak tiga kali.Kalbunya terasa tenang,Rania menahan diri dari tergelak,kesian Zaryf diperlakukan sebegitu.Nampaknya Zaryf sudah tertipu dengan lakonannya.
Zaryf menekup mukanya, ‘Ya Allah,hambamu ini sedang diuji oleh-Mu Ya Allah.’ Matanya dibuka sedikit untuk mengintai apa yang sedang dilakukan oleh Zaryf.Kelihatan Zaryf yang sedang resah dengan keadaan menekup muka di birai katilnya.Betullah sangkaan Rania selama ini yang kedua ibu bapanya tidak tersalah pilih Aireal Zaryf sebagai menantunya.
Tidak sampai hati melihat Zaryf dalam keresahan,dia segera menyedarkan diri.Mata dicelikkan segera.
“Uhukk! Uhukk.. uhukk..” Kedengaran batuk yang menipu dari Rania.Zaryf segera mendapatkan isterinya yang tercinta.Rambut Rania diusap lembut. “Alhamdulillah,Nia dah sedar.. Risau abang dibuatnya.Aku mencintaimu atas nama Allah.” Lantas dahi Rania dikucup dengan syahdu.Rania terkesima seketika.. Risau betul Zaryf dengan keadaanya.Rasa bersalah mula menular dalam diri,betapa berdosanya dia melakukan perkara tesebut terhadap suaminya.Lalu dia segera bangkit dari katil tempatnya baring.
“Sayang nak pergi mana? Rehat jelah,sayang cakap je dengan abang,sayang nak apa.. dengan pantas abang ambilkan! Nia nak apa sayang?”
“Nia nak pergi dapur kejap,laparlah.”
“Abang pun lapar jugak.jom kita masak sama-sama.” Niatnya baru sahaja nak hidangkan Zaryf segelas susu panas dengan sepeket biskut Oreo.Tanpa membantah Rania terus membuntuti langkah Zaryf ke dapur.


“Awak nak masak apa?”
“So,kat sini kita ada Roti,Jem,Lemon,daun Pudina,serbuk Chocolate,Oreo and Tuna.Sayang,kita boleh buat Jus Lemon Pudina and Hot Chocolate.Untuk makanan pulak,you prefer Sandwich Tuna or Roti sapu jem je? Or Abang tahu.. mesti Nia nak makan Oreo dengan Hot Chocolate kan?! Kalau nak diikutkan nak makan nasi tengah malam ni dah tak elok untuk abang dan Nia sebab nasi pun tak masak lagi,lauk pun takda.. It’s okay so you nak makan apa ni sayang?” Dia merasa senang memanggil Rania dengan nama ‘sayang’ bahkan kata ‘sayang’ itu terus melekat dibibirnya.
Tergelak Rania melihat keletah Zaryf yang berkelakuan dan gaya cakapnya ala-ala chef sedang membuat program memasak di tv.Dengan melihat isterinya terhibur,dia berasa lega.
“I want to eat.. Sandwitch Tuna and mineral water.”
“Okay.. so can you help me please?” Kata Zaryf yang berselang dengan ketawa perlahan.Rania juga turut ketawa. 
“Ya ! Chef!!!” sambil mengangkat tangannya menunjukkan tanda hormat dan mengikut arahan yang diberi.

Selesai menikmati makan malam sebagai sepasang pengantin,mereka terus mendaki anak tangga untuk menuju ke bilik.Sedang mereka mendaki anak tangga,tiba-tiba bekalan elektrik terputus.Rania menjerit ketakutan,kerana dia sangat takutkan gelap.Badannya tidak seimbang dan Rania hampir jatuh ke belakang.Untung saja Zaryf sempat menyambutnya tatkala dalam keadaan gelap gelita.
“Sayang tunggu sini,Abang nak pergi check kejap.”
“No! Nia nak ikut!” Badan Zaryf dipeluknya erat,terasa apps di perut Zaryf yang agak berketul.
“Kalau Nia peluk abang erat sampai abang tak boleh bernafas macam ni? Alamatnya sampai pagilah kita duduk dalam gelap.Sayang nak ke? Abang tak kisah..” Dalam gelap itu Zaryf tersenyum nakal.Sengaja mahu mengenakan isterinya.
“What?!” pelukkan tadi dilepaskan serta-merta.Wajahnya juga beransur kemerah-merahan. Rania menarik muka.Zaryf yang tertawa nakal dengan tindakan Rania itu terus berjalan.Rania terdengar derapan tapak kaki suaminya terus mengejar dan sekali lagi dia memeluk Zaryf dari belakang.Tetapi kali ini pelukkannya tidak seerat tadi.Sekali lagi Zaryf tersenyum nakal.Langkah Zaryf dibuntutinya.
“See..dah terang dah.. Time to sleep! Wuuu! ” Zaryf mengeliat perlahan,badannya turut lenguh.
Pintu bilik dibuka.Zaryf menghenyakkan punggungnya.
“Nia tidur atas..Abang tidur dekat sofa..Abang tahu,Nia tak ready lagi.. So my princess,nak abang dodoikan ke?”
“No!I can sleep by my own!”
“Ok,Fi Hizfillah sayang. Uhibbukafillah..” Dahi Rania kucup hangat.
“Fi Hizfillah apa? Uhibbukafillah tu apa pulak?” Tanyanya jujur.
“Fi Hizfillah tu.. Semoga Allah menjaga kamu and Uhibbukafillah tu pula.. Aku mencintaimu kerana Allah.Tidurlah esokkan sekolah.Cincin tu jangan lupa tanggalkan ya.Simpan tempat yang senang ingat.Good night,sebelum tidur baca doa dulu.”
Di satu sudut,Zaryf terlihat sebuah gitar.Dia berjalan dan gitar itu terus diambil Setelah itu,dia segera duduk di sofa, manakala Rania duduk di atas katil. 
“Awak nak buat apa malam-malam ni?” soal Rania yang bingung.
“Nak dodoikan sayanglah,, please my dear,dengar ni ok.”



Tali giitar dipetik perlahan..
“Menatap indahnya senyuman diwajahmu membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah saat kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata yang tak mampu ku ungkapkan kepada dirimu
Aku ingin engkau selalu,hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menayakini ku
Kau tercipta untukku sepanjang hidup ku
Aku ingin engkau selalu,hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menayakini ku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu memanggil seluruh raga ku
Ku ingin kau tahu
Ku selalu milikmu yang mencintai mu sepanjang hidup ku”
Tali-tali gitar beralun merdu.. mendengar suaranya yang syahdu.. Rania tergamam.Zaryf mengeyitan matanya. Usai nyanyian merdu dari suara lunaknya,Zaryf menatap Rania.
“Apa pandang-pandang?!”
“Hihihi.. Nite sayang.”
Rania yang dikenalinya dulu jauh berbeza dengan Rania yang ada disisinya sekarang.Rania yang panas baran dan tidak berdisiplin sebenarnya seorang yang lembut,seorang yang patuh dengan arahan.Dulunya seorang yang bengis,kini seorang yang periang. Alangkah dia bersyukurnya atas nikmat yang Allah beri kepaadanya.
Zaryf menarik selimutnya.Malam ini dan malam yang seterusnya dia akan tetap tidur di sofa yang berhampiran dengan katil Rania.

Sedang Zaryf husyuk tidur,Rania memandang suaminya dari atas katil.Selama ini sangkaanya meleset.Aireal Zaryf bukanlah seorang yang berlagak,bukan juga seorang pesimis,bukan seorang yang kuat melenting.. Tapi Zaryf seorang penyayang,seorang yang melakukan perintah Allah, seorang yang lemah lembut,seorang yang nakal dan kelakar. Dihatinya berkata.. “Alah! Ini baru satu hari kawin.. cuba empat or lima tahun akan datang,entah dia sama atau tidak macam sekarang ni.. Tapi tadi dia nyanyikan untuk aku sweet jugak! huhu” Dalam Rania mula terbuai dalam kegelapan malam..
“Apa bising-bising tu sayang?! Abang nak tidurlah..”
“Oppss..”
Tamaat-  nah bunga! @> 


Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Friday 4 October 2013

2 x 5 Punya DakWah by MTAs!

Views

"THIS IS 2 X 5"




Today,saya nak ceritakan balik. Tajuknya "2 x 5"  vlog MrTheAllshared .. This is One of dakwah diorang yg saya suka.. Actually semua video2 diorang saya suka sangat.Disebabkan ada yang tak berkesempatan nak tengok vlog dakwah MTAs tu,boleh baca dekat sini. :) Ni link video 2 x 5 by MRTHEALLSHARED



“2 x 5 berapa? 25 kan?! Hahhaha!”
“Eh apa ah,harap je cikgu.”

Aku tak suka betullah orang yang membandingkan perbuatan jahat seseoarang dengan perbuatan baik dia macam..
“HOHOHO!!! Harap je pakai tudung labuh! Tapi perangai.. HOHOHO!!!”
“Ceh! Nama je Imam.. Macam ni kau buat dekat kawan kau sendiri? Sampai hati  hilangkan pemadam Ben 10 aku..”

APA KORANG INGAT,ORANG YANG PAKAI SERBAN,ORANG YANG PAKAI TUDUNG LABUH .. LANGSUNG TAK BUAT DOSA? SUCI? MESTI IMAN TAHAP 99 PETALA LANGIT!

Atas sikap dan mulut bacul korang nih.. ramai orang2 kafir atau orang2 jahil akan prejudis terhadap golongan2 ini.

“OH SAM,OH SAM.. All people hire said ..Oh look that, perempuan tudung labuh tak semestinya baikk..Oh! Man look that! Orang pakai serban.. semuanya Hipokrit! Oh,you know Sam?! Plus.. they are Buzy Body..”
Sampai wujud situasi2 begini ..
“Eh,biasanya perempuan yang pakai tudung labuh ni semuanya Hipokrit tau!”
“Ewww.. orang yang pakai jubah ni semua Buzy Body arr.. Nak pakai boxer dekat public pun susah!”
“I nak pakai boxer dekat pasar,dah tak boleh dah tau..”
“Dia orang tu 2x5 je!!! Macamlah baik sangat!”

Berapa ramai je orang yang tudung labuh HIPOKRIT? Berapa ramai dia orang jumpa..sampai boleh buat spekulasi yang semua perempuan tudung labuh tu Hipokrit?  Korang sibuk je cerita yang minor.. yang major tak nak cita pulak?Berapa ramai budak disko pakai tudung? Berapa ramai pulak bohsia and minah rempit tak pakai tudung?! Berapa  ramai?!!!!
 KE? KORANG TETAP NAK CAKAP , DIA ORANG TAK PAKAI TUDUNG..TAPI HATI DIA ORANG BAIKKK!!!

KORANG SIBUK DEFEND YANG LAIN TAPI AT THE SAME TIME,KORANG SIBUK JUGAK TUMBANGKAN ROLE MODEL ISLAMIK

Eh! Ajmal online lah..
Azfar:
     Ajmal,jom kita tengok wayang.. kita tengok cerita 99 Petala Cinta Abah Kau..

Ajmal : “Eh? Ada messege, Eh,peminat.. eh? Azfar ke?..” Typing.. :
      Kita tengok wayang?eh weyh.. eh,mintak ajak member2 sekali tau..kita pergi sama2 ok.
SayaTiut94 :
       Ceh! Harap je pendakwah tapi pergi tgk wayang hugak!!!
SayaTomey94 :
         Alah,beselah..Hipokrit je diorang ni!

Tahu tak apa yang kawan saya cakap?!

“Diorang mengharap kita ni maksum! Kami pun 2 x 5 je dengan anda semua.. Kami sedang cuba memperbaiki diri dan setiap manusia tidak lekang dari melakukan dosa.. I just said tak sunyi dari melakukan dosa? Arhh..”

Yes! Petikan ini sangat popular dari kalangan artis..
Ajmal,ya sekarang bersama saya di melodi..
“Kenapa anda ada anak luar nikah ye?”
“Oh,for sure lah sebab setiap artis tak sunyi dari melakukan dosa..”
“Oh? Setiap orang? Tak terlepas? Melakukan? Kesilapan..”
Jangan jadikan perkataan ini untuk anda terus melakukan dosa..

“Harap je Pak Imam.. tapi gila sexs.. Enter!”
#tanpa berfikir panjang..
Jangan disebabkan satu kesalahan dia je.. korang dah kecoh gila! Kebaikkan dia yang belambak-lambak sebelum ni,korang tak nak kecoh pulak?!! Kalau nak tegur orang,jangan sampai aib kan dia.Jumpa personally dan tegur,atau beritahulah orang yang rapat or dekat dengan dia.. macam parents atau sedara dia.. sebagai medium teguran.Sebab takut kalau korang tegur dia depan khalayak ramai.. dan dia pulak ahli ulama takut mengaibkan,yang kedua prejudis..

“Aku dah cakap.. dia memang miang! Enter..”
“Eh? Kau nak nasihat aku?! Kau tu pun 2 x 5 je ngan aku! Minum starbuck jugak! Nyampah..nyampah..nyampah..”

Bak kata Syeikh Al-Bana.. kalau nak tunggu semua orang yang tak buat dosa dekat dunia ni untuk berdakwah,. Nescaya takda pendakwah dkat muka bumi ni..
So ingatlah , penceramah ke? Imam ke? Kalau diaorang buat salah.. Don’t judge the hole person asbab satu kesalahan dia je..

“Eleh! Cakap je lebat!”

Kami pun bukan baik sangat.. PUihhhhhh…

Ingatlah bahawa Imam Malik pernah berkata..
“Allah tutup aib aku.. jadi aku kan terlibat.Jika Allah buka aib aku.. tentu engkau mendapati bahawa aku lebih teruk dari kamu.”

Wahai insan
Hentikan prejudis mu
Hentikan alasan mu
Kamu hidup untuk saling melengkapi
Bukannya saling memusnahi

“Takpa,Cikgu pun tak terlepas dari buat kesilapan jugak..”
“Oiii! Engkau berdakwah mana boleh main gitar!!!”

***

        So terima kasih kerana sudi membacanya.. Itulah dia MrTheAllshared. Mereka sangat kelakar.. mereka juga yang telah membimbing saya.. Kadang2 boleh tergelak sendiri dengan telatah mereka tika mereka menyampaikan dakwah.. mereka Dae’ berjiwa muda.SUDAH DAPAT MADU BAYI DIBUANG adalah vlog pertama mereka yang menarik masuk jiwa saya terhadap MTAs .,
Dakwah mereka sangat OHSEM! THA BEST! Dan sampai sekarang,saya menantikan vlog terbaru dari mereka..


Terima Kasih kerana sudi membaca :)