Wednesday 14 August 2013

Adakah Ini Takdirku.. [cerpen]

Views
Enjoy k.
Maaf atas segala kesalahan..






     Nur  : Assalamualaikum..Hye,awak apa khabar?
     Aniq : Waalaikumussalam.Ok je
     Nur  : Tengah buat apa?
     Aniq : Baca buku
     Nur  : Dah makan?
     Aniq : Dh tadi
     Nur  : Saya kacau ke?
     Aniq : Taklah.Mne ade
     Nur  : Hurmm..Ok.
     Aniq : Ok

     Hampir tiap hari Nur melakukan aktiviti yang sama,menghantar pesanan ringkas kepada seorang yang dia sangat minati di kolej tempatnya belajar.Nur mendapat nombor telefon lelaki itu pun dicuri daripada buku pelajar.Segala nombor I/C,golongan darah,alamat rumah,alamat rumah sewa hinggalah ke anak nombor berapa semua dicatitnya,tiada satu pun yang tertinggal.Di kalangan rakannya juga Nur digelar sebagai 'The Silent Stalker' .Dia sangat hebat dalam bidang stalk orang. Memasang telinga ketika orang sedang bercakap adalah hobinya sehingga semua berita boleh sampai ke telinganya.Lebih best lagi jika dia orang pertama yang mendapat tahu berita dan cerita-cerita panas daripada kawannya yang lain.

     Nur yang duduk di atas sofa uzur memandang teman serumahnya,Ana.Mata Ana ditatap dalam.Dia memberikan sebuah senyuman manis kepada Ana lebih manis dari madu lebah..
Ana yang sedang melipat kain tidak selesa dirinya sedang diperhatikan sebegitu."Kau pehal pandang aku macam tu,kalau lapar pergilah dapur sana masak.Boleh masakkan aku sekali,kau kan masak sedap."
Kata-kata Ana tadi tidak dibalas sebaliknya telefon di tangan dibelek mesra,dia juga membaca mesej yang dibalas oleh lelaki pujaannya tadi sehingga tersenyum sendiri dibuatnya.Mata Ana tidak berkelip memandang rakan serumahnya itu.

     "Takpayah nak berharap sangatlah Nur,entah dia tu ikhlas ke tak kawan dengan kau.Entah-entah dia terpaksa je layan kau.Manalah tahu hati orang mana boleh baca kan? memanglah rambut sama hitam tapi hati?" Bicara Ana jujur.Dia sendiri tidak sanggup melihat temannya yang sorang itu terus menerus mengejar lelaki pujaannya.Dirinya merasa rimas melihat Nur seperti itu.Ana tahu sesuci mana hati Nur terhadap lelaki yang diminatinya,seperti apa perangainya,baik buruk Nur semua sudah dihafal oleh Ana bahkan Nur sanggup melakukan apa saja.Sikap lurus bendul dan perasaan tidak kisah membuatkan kadang-kadang ramai yang mengambil kesempatan membuli dan mengenakan Nur dalam diam meskipun teman baiknya sendiri.

     "Mana ada,dia baiklah.. Kau je yang tak tahu.Aku kawan dengan dia bukan ada apa-apa pun.Kau membebel macam neneklah."

     "Masa ni lah aku nak membebelkan engkau,kalau tak sekarang bila lagi? Please la Nur,aku nasihat ni cubalah dengar.Jangan jadi perigi cari timba,nanti dia ambil kesempatan atas diri kau.Aku dah penatlah Nur,bayangkan dalam seminggu tu kau mesej dia lima kali and kau tanya dia benda yang sama je..asyik kau je yang tanya dia,ada dia tanya kau? kau sihat ke.. kau dah makan ke..pernah dia tanya? Fikir logik lah Nur,dia tak pandang kau pun.."


    "Diamlah Ana! sibuk je,kau kata kau kawan aku,kau sokong setiap apa yang aku lakukan.. tapi kenapa sekarang kau berubah? kau dah bosan jadi kawan aku? Kau dah bosan dengar fon aku berbunyi tiap hari? ataupun kau dah muak and loya bila dengar aku cerita pasal dia?!!" tengking Nur yang masih dalam keadaan sedar.

     "Tiap-tiap hari kau cerita pasal dia dekat aku.. Aku dah lali dah.." jawap Ana jujur,tiada apa lagi yang boleh disembunyikan darinya.Ana dan Nur sudah berkawan dari semester pertama sehinggalah sekarang mereka berada di semster yang kelima.Jauh di sudut hati Ana,dia sangat sayangkan teman baiknya itu,Nur.

     "Damn!" Pintu bilik dihempas kuat.Buku yang tersusun diatas meja dibalingnya kelantai dengan perasaan yang sungguh marah."Sampai hati kau cakap macam tu Ana.. Kau tak sayang aku lagi ke?" Air matanya mencurah laju tanpa henti.Pintu bilik Nur diketuk perlahan.Rasa bersalah mula menular dalam diri, salahkah apa yang dikatakan oleh Ana tadi? Aniq Darwish,siapa yang tak kenal dia? Kapten bola sepak yang disegani di kolej.Malahan ramai para penimat perempuan yang berduyun-duyun mahu berteman dengannya,dari yang junior hinggalah yang ke sinior termasuklah Nur tidak pernah mengalah untuk berteman dengan kapten bola sepak itu.. Disini Ana dikecualikan.

"Tokk-tookk" pintu diketuk tetapi tiada jawapan yang diberi oleh Nur.
"Nur,aku minta maaf..mungkin mulut dah lancang tadi,I'm sorry k.. Nur,jangan lupa solat Isyak.." sekali lagi Nur tidak memberi respon.Ana yang kesal dengan sikapnya tadi terus melangkah ke beranda luar rumah.Kerusi yang terletak di beranda rumah diduduknya dengan perlahan.Dia harus mengalah dengan sikap Nur yang terkenal dengan sikap keras kepalanya.. entah kepala batu bata ke kepala besi.. keras yang amat.Susah betul nak dengar nasihat orang.


     Astagfirullah,. Ana beristighfar semampu yang boleh dan tangannya ditadah."Ya Allah ampunilah dosaku Ya Allah,aku tak mampu menjadi teman yang baik .. aku gagal membawa Nur kembali seperti Nur yang asal Ya Allah. Kau lembutkanlah hati Nur Zarah Syafina Ya Allah.. hamba memohon kepada-Mu. Aminn." tangan yang ditadah disapukan kemukanya.Dia kembali merenung langit yang gelap.. Rasanya seperti malam mahu hujan.

     Tidak semena telefon Ana berbunyi..itu menandakan ada pesanan ringkas yang dikirim telah masuk ke dalam Inboxnya.Butang 'Open' ditekan.. terlihat disitu nombor yang tidak dikenali..

     0177641814 : Ana,I have smthing to talk to you..This is Urgent! jumpa dkt starbucks dekat dengan kolej.. please.I didn't hurt you.. you do know me as well.Oh ya,I wear a black shirt and jeans.Now Ana..

     Serta merta air mukanya berubah..Mahu jumpa? Siapa yang menghantar pesanan ini? setahunya nombor ini tidak disimpan di dalam kenalan.. Hatinya berbagi sama ada mahu pergi atau tidak.. Jam menunjukkan pukul 10:30 minit malam.

"Dia ada kata yang..you do know me as well.Aku rasa aku tahu siapa.." Otak Ana cepat menangkap.Siapa lagi kalau bukan dia..

Tudung disarung dengan kemas,baju yang dipakainya juga turut kemas.. baju tidur sahaja yang dipakainya sekarang bukan pergi kemana pun,Starbuck sahaja.Purse juga turut dibawa bersama..mana tahu ada roadblock ke,tak ke naya semua kad-kad penting ada di dalam purse itu.Kalau tertinggal mahu jawab apa sama itu polis? Satu kertas nota peting dicapai dari atas meja.Disitu Ana menulis..

// Aku minta maaf pasal tadi..Nur,aku keluar kejap.Urgent sayang.. ;) //

Nota itu dilekatkan di pintu peti sejuk,kalau-kalau Nur mencarinya Nur akan tahu yang Ana sedang keluar pada waktu itu.Tanpa berlengah,enjen kerata myvinya terus dihidupkan.Agak-agak enjen keretanya sudah panas Ana terus memandu ke tempat yang hendak dituju iaitu Starbuck yang bederkatan dengan kolej.
Deruman enjen kereta milik Ana yang berlalu pergi dapat dikesan oleh telinga Nur.Telinga Nur juga diibaratkan seperti telinga lintah kerana mempunyai deria pendengaran yang sangat tajam.Pintu bilik yang dikunci tadi dibuka perlahan.Nur terus menuju ke dapur kerana perutnya merungut lapar.Pintu peti sejuk dibuka lalu dicapainya sebiji epal yang telah dibasuh.Tanpa segan silu epal itu terus digigit rangup oleh Nur.Terdapat sekeping nota yang tertampal di pintu peti sejuk itu.. Nota yang tertulis..

// Aku minta maaf pasal tadi..Nur,aku keluar kejap.Urgent sayang.. ;) //

     Nota itu ditarik perlahan dari pintu peti sejuk lalu dia terus melangkah ke biliknya membawa nota itu bersama.Sekeping lagi nota bewarna pink ditampal di cermin bilik dimana tempat dia yang selalu mencerminkan wajahnya yang hampir penuh dengan 'mosqueto bites' itu.Ana terus menerus mengalah dengannya,lebih dari 30 nota meminta maaf yang diterima oleh Nur dari Ana.Nur tersenyum senget..
 "Jahat sangat ke aku?"

^^^^^^^^^^

     Orang di sekeliling tidak hairan memandang Ana yang memakai baju tidur pada tubuhnya kerana mereka sudah biasa melihat pelajar-pelajar kolej datang ke situ dengan memakai pakaian yang sama.Jadi tidak hairanlah kan?

     Setiap sudut ruang diperhatikan.Dari satu sudut yang tertutup,Ana terlihat seorang lelaki yang memakai t-shirt prada hitam berseluar jeans kelihatan sedang menunggu seseorang.Lelaki itu juga memakai kaca mata hitam.Dengan langkah yang perlahan Ana mendekati si penghantar pesanan ringkas itu.Ana terus menyapa perlahan.
''Sorry?"
"Sokay,have a seat."

     Kaca mata yang dipakai ditanggalkan dan diletak diatas meja.Mata sepet lelaki itu terus tertancap ke arah Ana dengan redup.Ana tersenyum sumbing,ternyata benarlah tekaannya tadi..
"Lama tunggu?''
"Tak jugak.."
"So ada apa? Kau nak beritahu yang kau dah mula suka Nur ke?''
"Jangan bermimpi disiang hari lah woi! Hurmm,cam nilah..aku pun tak nak berbasa basi sangat.Boleh tak? boleh tak kau sampaikan dekat Nur,stop ganggu aku.Ni last semester aku,aku dah nk grad and aku tak nak dia kacau aku.Aku pun tak nak kusutkan kepala fikir benda tak penting ni.."
"Ada lagi?'' ujar Ana selamba dengan nada yang perlahan.
"Aku tak suka la mesej-mesej ni..And aku terpaksalah hadap segala mesej dia yang tak penting and tak memberi apa-apa makna tu.Kalau tak reply mesej dia nanti kata sombong pula,habis dia canang nama aku satu kolej kata aku ni sombong.Habis reputasi aku nanti hancur .. Eh,suroh lah si Nur tu cermin diri dia tu sikit! bukannya cantik pon ! buat sakit mata aku jelah..Pleaselah Cik Ana,you got it?"
"So sekarang dah habis segala caci maki kau? dah habis segala sumpah seranah kau? Aniq,kau langsung tak bersyukurkan.. Hampir tiap hari dia ambil berat pasal kau,dia ambil tahu semua latar belakang kau..Nur tu" Bicara Ana dipotong oleh Aniq.
"Dia tu psycho! kau boleh faham tak Ana,Nur Psycho!!!." tangganya menepuk kuat meja kopi itu.
Pada waktu yang sama guruh dilangit berdentum kuat!


     Ana memejam matanya seketika.. nafas ditarik perlahan.Sungguh Ana tidak menyangka yang Aniq sanggup melabel Nur sebagai seorang psycho.. Ana juga faham yang keadaan Nur sekarang sudah parah,Nur terlalu OBSESkan Aniq Darwish! Ini terlalu parah..sampaikan kadang-kadang Nur tidak sempat mengulang kembali pelajarannya yang tertinggal dek sebok stalk twitter Si Aniq bukan itu sahaja malah semua akaun sosial milik Aniq di stalknya.Makan dan minumnya juga kadang-kadang diabaikan.Yang paling penting,hampir seluruh dinding bilik Nur ditampal dengan gambar Aniq.

     "Aniq,listen hire.. Aku tak tahu lah hati kau ni diperbuat dari apa.. Sampainya hati kau kan?! langsung tak reti nak hargai orang.Entah makhluk asal dari mana pun aku tak tahu.. Listen carefully,jangan sampai kau tak sempat nak minta maaf dekat Nur hati seorang gadis yang telah kau sakiti..And by the way aku rasa cara kau yang jumpa aku kat sini semata-mata suruh bitau Nur jangan ganngu kau lagi tak gentle lah wey.. cermin diri kau tu jugak! Tak gentle langsong,harap je Kapten Pasukan perangai cam hampehh! Aniq,you will regret it..Wait n see...."

     Ana meninggalkan Aniq sendirian disitu tanpa berpaling kearahnya.Buat apa berpaling ke arah orang yang telah melabel bffnya sebagai psycho human? Tak penting langsung.
Keesokkan paginya mood Nur ceria seperti biasa,seperti yang sebelum-sebelumnya.Ana senang melihat Nur sebegitu.. Ketika Ana pulang samalam Nur letah pun tidur di biliknya,jadi tidak sempat untuk Ana menceritakan hal yang sebenar kepada teman rapatnya itu.Nur juga sudah dianggap seperti adiknya sendiri,dibelai,dimanja dan dijaga dengan penuh kasih sayang.Nur berjalan seiringan Ana sewaktu menuju ke kelas masing-masing.
"Nur,malam ni kau tak pergi mana-mana kan?"
"Takde,why?"
"Ehh! aku dah lambat dah ni.. malam nantilah aku cerita dengan kau ye sayang bye,." Ana terus memecut laju ke kelasnya.Kalau lambat 10 minit pasti dia sudah dianggap ponteng.

^^^^^^^^^^

Malam itu,cuacanya mendung sahaja.Mood cuaca seiringan dengan mood Ana yang rasa serbasalah dan serba tak kena.
"Nur,sini jap..Aku nak cakap dengan kau ni." Nur yang mendengar namanya diseru terus duduk di atas kerusi di ruangan beranda.Wajah Ana nampak tenang.
"Hurmm,apa yang penting sangat?"
"Aku tanya,kau jawab jujur k."
"Keh boshh!"
"Kau betul-betul suka,sayang,cinta Aniq ke?"
"Soalan bodoh apa ni? mestilah aku suka,sayang,cinta dia.Semua aku tau pasal dia,kau tanya je pasal life dia..mesti aku boleh jawab punya! kacang bonzai.. haha. Well,I'm The Silent Stalker! " Seyuman yang disulami dengan ketawa dihadiahkan kepada Ana atas soalan tadi.
"No,ini bukan pasal tu.. Nur,boleh tak kalau kau berhenti kejar dia? boleh tak kalau kau jadi Nur yang dulu.. Nur yang periang,Nur yang rajin,Nur yang masanya diurus dengan baik.. "
"Kau kalau nak jual kerepek jangan kat sini lah Ana.. gi tempat lainlah.Ni ke benda yang penting sangat tu? Aku rasa tak penting mana pun.."
"Nur,listen hire.. kau betul-betul nak tahu satu benda tak? Tapi kau janji dengan aku,kau berubah k.. Aku tak nak Nur yang sekarang ni.Kau kena kuat Nur.."Pinta Ana dengan wajah yang shahdu.
"Hurmm,cepatlah.. "
Telefon bimbit dikeluarkan dari poket baju Ana.Butang 'Play' ditekan...
"Lama tunggu?''
"Tak jugak.."
"So ada apa? Kau nak beritahu yang kau dah mula suka Nur ke?''
"Jangan bermimpi disiang hari lah woi! Hurmm,cam nilah..aku pun tak nak berbasa basi sangat.Boleh tak? boleh tak kau sampaikan dekat Nur,stop ganggu aku.Ni last semester aku,aku dah nk gread and aku tak nak dia kacau aku.Aku pun tak nak kusutkan kepala fikir benda tak penting ni.."
"Ada lagi?''
"Aku tak suka la mesej-mesej ni..And aku terpaksalah hadap segala mesej dia yang tak penting and tak memberi apa-apa makna tu.Kalau tak reply mesej dia nanti kata sombong pula,habis dia canang nama aku satu kolej kata aku ni sombong.Habis reputasi aku nanti hancur .. Eh,suroh lah si Nur tu cermin diri dia tu sikit! bukannya cantik pon ! buat sakit mata aku jelah..Pleaselah Cik Ana,you got it?"
"So sekarang dah habis segala caci maki kau? dah habis segala sumpah seranah kau? Aniq,kau langsung tak bersyukurkan.. Hampir tiap hari dia ambil berat pasal kau,dia ambil tahu semua latar belakang kau..Nur tu"
"Dia tu psyhco! kau boleh faham tak Ana,Nur Psyhco!!!." kedengaran tanggan milik Aniq menepuk kuat meja kopi.
Kedengaran bunyi guruh dilangit berdentum kuat!
Keadaan berjeda seketika.. Air mata Nur mula meluncur laju..
"Aniq,listen hire.. Aku tak tahu lah hati kau ni diperbuat dari apa.. Sampainya hati kau kan?! langsung tak reti nak hargai orang.Entah makhluk asal dari mana pun aku tak tahu.. Listen carefully,jangan sampai kau tak sempat nak minta maaf dekat Nur hati seorang gadis yang telah kau sakiti..And by the way aku rasa cara kau yang jumpa aku kat sini semata-mata suruh bitau Nur jangan ganngu kau lagi tak gentle lah wey.. cermin diri kau tu jugak! Tak gentle langsong,harap je Kapten Pasukan perangai cam hampehh! Aniq,you will regerate it..Wait n see...."

     Sewaktu Ana bertemu Aniq,Ana sempat merakam perbualan mereka.Memang sengaja Ana hendak merakamnya.

"Thanks Ana..thanks.. " Bahu Ana ditepuk perlahan.. Air matanya terus membasahi jubin beranda.
"Maafkan aku.."
"Sokay" Kerusi ditolak keras,dia terus bangun dan menuju kebiliknya.. Pintu bilik dikunci rapat! Nur duduk berteleku,air matanya mencurah lagi.. Dia tersenyum sendiri..senyuman yang puas.Segala gambar Aniq yang terlekat di dinding tidak dicabut,malah dibiarkan sahaja.Ruang bilik direnung indah dengan terhiasnya gambar-gambar Aniq Darwish disitu.

     Sang kaki laju melangkah ke bilik Nur.Kali ini dia merasakan bahawa dirinya telah membuat keputusan yang tepat dengan memberitahu Nur hal yang sebenar.Sekarang dia bebas dan tiada apa lagi yang perlu disembunyikan dari pengetahuan sahabatnya itu.Ana berdiri di hadapan pintu bilik Nur,sebarang tangisan langsung tidak didengari..

"Nur,kau ok? kalau ada apa-apa panggil aku ea,aku akan selalu ada untuk kau.. Nur,jangan menangis sayang.." Ana bersuara di depan pintu yang terkunci rapat.
"Ana,jangan risau..saya ok saya dah besar.."
"Kau buat iklan Calsium ke dalam tu Nur?"
"Kepala hotak kau,aku ok la.. Thanks sebab beritahu aku segalanya.Aku tak kisah pun,and don't worry about me,I'm fine.. Leave me alone please.. "
"Ok,jangan tidur lambat Nur.Nite babe."
"Nite Ana." jawab Nur perlahan dari dalam bilik.
^^^^^^^^^^
     Pagi itu,Ana terkejut melihat mata Nur yang sembap dan bengkak.Tangannya dengan cepat terus menyentuh mata Nur.
"Kau kenapa?"
"Takda pape..Aku ok lah.. dah,jom cepat ge class.Dah pukul berapa dah.."
Mereka bersama terus menuju ke kolej dengan kereta Myvi yang dipandu Ana.
^^^^^^^^^^
Beberapa hari kemudian..
"Aduh,jalan besar-besar pun tak nampak ke.. " Nur mengomel sendiri,geram dengan orang yang melanggarnya tadi.Dia membongkokkan badannya.Buku-buku yang bertaburan dikutip satu per satu.Orang yang melanggarnya juga tadi turut melakukan hal yang sama.
"Sorry,tak sengaja tadi..I yang salah tak nampak you.You ok tak ni? ahaa.."  dan lelaki itu pun tersenyum ketika bercakap.


     Sewaktu lelaki itu mengembalikan bukunya mata mereka bertentang,Nur terpana seketika.. Jantungnya berdegup dengan sangat laju! Mata itu.. Nur terus membuang pandangannya ke arah lain.Sakit sungguh hatinya ketika 'shot' bertentang mata tadi.Cepat-cepat dia berdiri.Aniq juga melakukan perkara yang sama.
Nur hanya mendiamkan diri.Lari! itu saja yang bermain dalam kotak fikiranyya sekarang.Di tangannya memeluk erat buku dan terus berjalan tanpa mengucapkan terima kasih.Sedikit pun dia berpaling ke arah Aniq.Sedikit pun tidak..


"Nur..."

     Panggilan dari suara Aniq langsung tidak di endahkan.Sang kaki terus bergerak pantas,yang pasti tiada tanda-tanda mahu berhenti..
^^^^^^^^^^^
     "Dah seminggu fon kau off,pasni kau on kan ye.. Sorry malam ni kau tido sorang-sorang.Well kau tahu lah kan,mak cik aku nak tunang esok pagi.. so sebagai anak buah yang mithali,kenalah hadir and tolong-tolong apa yang patut.On kan tau fon kau! mana tahu ada benda penting ke aku nak beritahu .."
"Kesian aku malam ni tido sesorang.Sokay lah..Pergilah sana,hahaha.."
"Aku nak pergi ni,kalau ada apa-apa jadi kau terus je call aku ok?"
"Ye Cik Ana yang kuat membebel! "
"Hahaha..bagus! cerdik rupanya kawan aku ni?"
"Kwangjakk.. na.."
Pintu kereta ditutup.Enjen kereta juga sudah lama panas dan sudah tiba masanya untuk Ana bergerak ke rumah atoknya di kampung.
Kepalanya di jengahkan ke luar tingkap."Bye Nur! take care .. miss you.Nak hujan dah ni! cam lebat je.Plug tv tu cabut! segala plug yang penting tu semua cabut tau! bahaya kalau tak cabut."
"Elehhh,miss you konon.. yelah kot nak hujan tu..Okay tata.. pandu cermat jiwa selamat babe! ye nek,cu dengar segala suruhan nenek itu tadi. Bye!" Tangannya melambai ke arah Ana.Ana ketawa riang..

     Pintu rumah dikunci.Mulut Nur sudah mula menguap..jam di dinding dipandang.Beserta itu dia terdengar bunyi guruh yang kuat,segala plug segera dicabut.
"Haaarrfff,sembilan setengah.. asal mengantuk sangat malam ni? aku telan apa ha tadi?" mulutnya menguap lagi.Matanya sudah berair.
"Time to sleep! oh before that kena on kan fon dulu.. kan nenek tu dah pesan tadi.Heehee." Dia tersenyum sendiri.
Badannya dihempaskan ke atas tilam yang empuk.. hujan sudah mula turun.Suasana malam itu sangat nyaman dengan udara malam yang sejuk.Selimut ditarik hingga ke paras dada.Malam ini senang betul Nur lena..


"Tokkk!!! Tokk!" Kedengaran ketukkan pintu dari arah luar rumah.Ketukkan itu semakin lama semakin kencang.Nur terus tersedar dari tidur lenanya.Jam kecil yang terletak di atas meja sebelah katilnya segera dicapai.
"Tiga setengah pagi,siapa pulak yang ketuk pintu macam nak pecahkan pintu rumah tu?" Dengan terpisat-pisat dia bangun dan terus menuju ke arah pintu.Pintu dibuka dengan perlahan.

     Kilat terus memancar-mancar.Matanya di kecilkan sedikit dek takut dengan cahaya kilat itu.
Sebuah jasad sedang berdiri dihadapannya dengan pakaian yang basah dan keadaan yang basah kuyup.Mukanya nampak sangat pucat.Wajah itu dilihat jelas oleh Nur.

     "Aniq? awak nak apa?"

     Aniq tidak menjawab sebaliknya kepalanya direbahkan ke bahu kanan Nur.Jantungnya berdetak dengan laju..Nur terkejut tetapi dibiarkan sahaja tindakan Aniq yang merebahkan kepalanya di bahu Nur dalam keadaan yang basah kuyup. 'Speachless'! Hujan masih tidak mahu berhenti.. malah hujan turun dengan sangat lebat..
"Nur,.." Dengan tiba-tiba air mata Nur mengalir.Suaranya sayup kedengaran di telinga.Suara Aniq boleh didengar dengan sangat jelas walaupun disulami dengan bunyi titisan air hujan.
"Saya minta maaf Nur,segala dosa saya dekat awak..Apa yang selama ni saya lakukan kepada awak,saya betul betul minta maaf.Saya manusia yang tak tahu apa erti bersyukur.Saya tak bersyukur dengan adanya awak disisi saya Nur.Now I regret it.. Awak marahkan saya? Saya minta maaf.Saya tak layan awak? saya minta maaf Nur.Saya betul-betul menyesal."


     Nur dapat merasakan yang air mata Aniq Darwish sedang mengalir.. Dia dapat merasakan itu.
"Nur Zarah Syafina,sudikah awak..''
Jantungnya kini kembali berdegup laju tiada had!
"Sudikah awak maafkan segala kesalahan yang telah saya lakukan terhadap awak? "
"Awak merepek apa ni Aniq?" Hati suci Nur mula sayu.Hatinya berbelah bahagi saat ini.
"Don't lie to me.. I know your real feelings.. You love me right? Nur,don't you? maafkan saya Nur." Kata 'maaf' sering diulang di bibir Aniq,sesungguhnya dia sangat menyesal.
"Awak demam ni Aniq,badan awak panas.. saya ambilkan tuala dengan air panas ya?" Kepala Aniq yang terletak dibahunya diangkat perlahan.Siapa yang sanggup melihat lelaki yang dicintai mengigil kesejukan dan demam? Pastinya tidak akan dibiarkan lalu Nur memapah Aniq hingga ke ruang tamu rumah.Aniq dibiarkan terbaring disitu.Kakinya segera melangkah ke dapur untuk menjerang air panas.Setelah menjerang air,Nur masuk ke biliknya untuk mencari tuala yang akan diberi kepada Aniq.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi..
"Nenek telefon?"
Nur menghenyakkan punggungnya di atas tilam.Butang hijau terus ditekan..
"Hello Nur,ada benda penting aku nak cakap dekat kau ni.Berita ni pun baru aku tahu tadi."
"Berita apa Ana? kenapa kau macam cemas je ni?"
"Aniq Nur! Aniq..."
"Ni yang aku nak cerita dekat kau ni.. tadi. Aniq ad.."
"Aniq accident!.. "
Hati Nur kini berkecamuk.Kakinya terus berlari ke ruang tamu dimana di membaringkan Aniq di sofa,sambil tu dia bercakap di telefon."Kau bohong.. mana ada.. dia kan.." Nur terpana..
"Aniq dah meninggal di tempat kejadian.. Nur,aku harap kau tabah menghadapi ujian dari Allah Nur..Allah tak akan uji lebih daripada kemampuan hamba-Nya itu sendiri Nur." Dengan murahnya air mata Nur terus menerus mengalir.. kepalanya terasa berat.Nur rebah..dia tidak sedarkan diri..
^^^^^^^^^^
"Nur,syukur alhamdulillah kau dah sedar..''
''Bila kau sampai?''
"Sejak aku langsung tak dengar suara kau masa telefon tu..''
"Pukul berapa ni?''
"Sembilan pagi.. kau nak ikut pergi majlis pengkebumian dia?"
"Aku nak.."

Sewaktu majlis pengkebumian Aniq dijalankan,ramai temannya yang hadir,sesudah bacaan surah yassin .. Jasad Aniq dibawa ke tanah perkuburan Islam. Air mata Nur kini sudah kering.. tiada lagi air mata yang akan keluar dari tubir matanya.. Ana simpati akan musibah yang menimpa Nur.Sewaktu Ana memandang Nur,tiba-tiba hati Ana berasa lain.. Kenapa Nur tersenyum sendiri? bagaikan tersenyum puas..Dari raut wajah Nur, senyuman itu gagal ditafsir oleh Ana.


-Tamat-
-Little Innocent-
Terima Kasih kerana sudi membaca :)

1 Pengomen:

Cik Ayla Oneil said...

Fuyooo ramai gila likers! Jealous aku. Haha. Congrats for your second cerpen. Sambung cerpen seterusnyaaa pleaseeee :)