Wednesday 14 August 2013

Adakah Ini Takdirku.. [cerpen]

Views
Enjoy k.
Maaf atas segala kesalahan..






     Nur  : Assalamualaikum..Hye,awak apa khabar?
     Aniq : Waalaikumussalam.Ok je
     Nur  : Tengah buat apa?
     Aniq : Baca buku
     Nur  : Dah makan?
     Aniq : Dh tadi
     Nur  : Saya kacau ke?
     Aniq : Taklah.Mne ade
     Nur  : Hurmm..Ok.
     Aniq : Ok

     Hampir tiap hari Nur melakukan aktiviti yang sama,menghantar pesanan ringkas kepada seorang yang dia sangat minati di kolej tempatnya belajar.Nur mendapat nombor telefon lelaki itu pun dicuri daripada buku pelajar.Segala nombor I/C,golongan darah,alamat rumah,alamat rumah sewa hinggalah ke anak nombor berapa semua dicatitnya,tiada satu pun yang tertinggal.Di kalangan rakannya juga Nur digelar sebagai 'The Silent Stalker' .Dia sangat hebat dalam bidang stalk orang. Memasang telinga ketika orang sedang bercakap adalah hobinya sehingga semua berita boleh sampai ke telinganya.Lebih best lagi jika dia orang pertama yang mendapat tahu berita dan cerita-cerita panas daripada kawannya yang lain.

     Nur yang duduk di atas sofa uzur memandang teman serumahnya,Ana.Mata Ana ditatap dalam.Dia memberikan sebuah senyuman manis kepada Ana lebih manis dari madu lebah..
Ana yang sedang melipat kain tidak selesa dirinya sedang diperhatikan sebegitu."Kau pehal pandang aku macam tu,kalau lapar pergilah dapur sana masak.Boleh masakkan aku sekali,kau kan masak sedap."
Kata-kata Ana tadi tidak dibalas sebaliknya telefon di tangan dibelek mesra,dia juga membaca mesej yang dibalas oleh lelaki pujaannya tadi sehingga tersenyum sendiri dibuatnya.Mata Ana tidak berkelip memandang rakan serumahnya itu.

     "Takpayah nak berharap sangatlah Nur,entah dia tu ikhlas ke tak kawan dengan kau.Entah-entah dia terpaksa je layan kau.Manalah tahu hati orang mana boleh baca kan? memanglah rambut sama hitam tapi hati?" Bicara Ana jujur.Dia sendiri tidak sanggup melihat temannya yang sorang itu terus menerus mengejar lelaki pujaannya.Dirinya merasa rimas melihat Nur seperti itu.Ana tahu sesuci mana hati Nur terhadap lelaki yang diminatinya,seperti apa perangainya,baik buruk Nur semua sudah dihafal oleh Ana bahkan Nur sanggup melakukan apa saja.Sikap lurus bendul dan perasaan tidak kisah membuatkan kadang-kadang ramai yang mengambil kesempatan membuli dan mengenakan Nur dalam diam meskipun teman baiknya sendiri.

     "Mana ada,dia baiklah.. Kau je yang tak tahu.Aku kawan dengan dia bukan ada apa-apa pun.Kau membebel macam neneklah."

     "Masa ni lah aku nak membebelkan engkau,kalau tak sekarang bila lagi? Please la Nur,aku nasihat ni cubalah dengar.Jangan jadi perigi cari timba,nanti dia ambil kesempatan atas diri kau.Aku dah penatlah Nur,bayangkan dalam seminggu tu kau mesej dia lima kali and kau tanya dia benda yang sama je..asyik kau je yang tanya dia,ada dia tanya kau? kau sihat ke.. kau dah makan ke..pernah dia tanya? Fikir logik lah Nur,dia tak pandang kau pun.."


    "Diamlah Ana! sibuk je,kau kata kau kawan aku,kau sokong setiap apa yang aku lakukan.. tapi kenapa sekarang kau berubah? kau dah bosan jadi kawan aku? Kau dah bosan dengar fon aku berbunyi tiap hari? ataupun kau dah muak and loya bila dengar aku cerita pasal dia?!!" tengking Nur yang masih dalam keadaan sedar.

     "Tiap-tiap hari kau cerita pasal dia dekat aku.. Aku dah lali dah.." jawap Ana jujur,tiada apa lagi yang boleh disembunyikan darinya.Ana dan Nur sudah berkawan dari semester pertama sehinggalah sekarang mereka berada di semster yang kelima.Jauh di sudut hati Ana,dia sangat sayangkan teman baiknya itu,Nur.

     "Damn!" Pintu bilik dihempas kuat.Buku yang tersusun diatas meja dibalingnya kelantai dengan perasaan yang sungguh marah."Sampai hati kau cakap macam tu Ana.. Kau tak sayang aku lagi ke?" Air matanya mencurah laju tanpa henti.Pintu bilik Nur diketuk perlahan.Rasa bersalah mula menular dalam diri, salahkah apa yang dikatakan oleh Ana tadi? Aniq Darwish,siapa yang tak kenal dia? Kapten bola sepak yang disegani di kolej.Malahan ramai para penimat perempuan yang berduyun-duyun mahu berteman dengannya,dari yang junior hinggalah yang ke sinior termasuklah Nur tidak pernah mengalah untuk berteman dengan kapten bola sepak itu.. Disini Ana dikecualikan.

"Tokk-tookk" pintu diketuk tetapi tiada jawapan yang diberi oleh Nur.
"Nur,aku minta maaf..mungkin mulut dah lancang tadi,I'm sorry k.. Nur,jangan lupa solat Isyak.." sekali lagi Nur tidak memberi respon.Ana yang kesal dengan sikapnya tadi terus melangkah ke beranda luar rumah.Kerusi yang terletak di beranda rumah diduduknya dengan perlahan.Dia harus mengalah dengan sikap Nur yang terkenal dengan sikap keras kepalanya.. entah kepala batu bata ke kepala besi.. keras yang amat.Susah betul nak dengar nasihat orang.


     Astagfirullah,. Ana beristighfar semampu yang boleh dan tangannya ditadah."Ya Allah ampunilah dosaku Ya Allah,aku tak mampu menjadi teman yang baik .. aku gagal membawa Nur kembali seperti Nur yang asal Ya Allah. Kau lembutkanlah hati Nur Zarah Syafina Ya Allah.. hamba memohon kepada-Mu. Aminn." tangan yang ditadah disapukan kemukanya.Dia kembali merenung langit yang gelap.. Rasanya seperti malam mahu hujan.

     Tidak semena telefon Ana berbunyi..itu menandakan ada pesanan ringkas yang dikirim telah masuk ke dalam Inboxnya.Butang 'Open' ditekan.. terlihat disitu nombor yang tidak dikenali..

     0177641814 : Ana,I have smthing to talk to you..This is Urgent! jumpa dkt starbucks dekat dengan kolej.. please.I didn't hurt you.. you do know me as well.Oh ya,I wear a black shirt and jeans.Now Ana..

     Serta merta air mukanya berubah..Mahu jumpa? Siapa yang menghantar pesanan ini? setahunya nombor ini tidak disimpan di dalam kenalan.. Hatinya berbagi sama ada mahu pergi atau tidak.. Jam menunjukkan pukul 10:30 minit malam.

"Dia ada kata yang..you do know me as well.Aku rasa aku tahu siapa.." Otak Ana cepat menangkap.Siapa lagi kalau bukan dia..

Tudung disarung dengan kemas,baju yang dipakainya juga turut kemas.. baju tidur sahaja yang dipakainya sekarang bukan pergi kemana pun,Starbuck sahaja.Purse juga turut dibawa bersama..mana tahu ada roadblock ke,tak ke naya semua kad-kad penting ada di dalam purse itu.Kalau tertinggal mahu jawab apa sama itu polis? Satu kertas nota peting dicapai dari atas meja.Disitu Ana menulis..

// Aku minta maaf pasal tadi..Nur,aku keluar kejap.Urgent sayang.. ;) //

Nota itu dilekatkan di pintu peti sejuk,kalau-kalau Nur mencarinya Nur akan tahu yang Ana sedang keluar pada waktu itu.Tanpa berlengah,enjen kerata myvinya terus dihidupkan.Agak-agak enjen keretanya sudah panas Ana terus memandu ke tempat yang hendak dituju iaitu Starbuck yang bederkatan dengan kolej.
Deruman enjen kereta milik Ana yang berlalu pergi dapat dikesan oleh telinga Nur.Telinga Nur juga diibaratkan seperti telinga lintah kerana mempunyai deria pendengaran yang sangat tajam.Pintu bilik yang dikunci tadi dibuka perlahan.Nur terus menuju ke dapur kerana perutnya merungut lapar.Pintu peti sejuk dibuka lalu dicapainya sebiji epal yang telah dibasuh.Tanpa segan silu epal itu terus digigit rangup oleh Nur.Terdapat sekeping nota yang tertampal di pintu peti sejuk itu.. Nota yang tertulis..

// Aku minta maaf pasal tadi..Nur,aku keluar kejap.Urgent sayang.. ;) //

     Nota itu ditarik perlahan dari pintu peti sejuk lalu dia terus melangkah ke biliknya membawa nota itu bersama.Sekeping lagi nota bewarna pink ditampal di cermin bilik dimana tempat dia yang selalu mencerminkan wajahnya yang hampir penuh dengan 'mosqueto bites' itu.Ana terus menerus mengalah dengannya,lebih dari 30 nota meminta maaf yang diterima oleh Nur dari Ana.Nur tersenyum senget..
 "Jahat sangat ke aku?"

^^^^^^^^^^

     Orang di sekeliling tidak hairan memandang Ana yang memakai baju tidur pada tubuhnya kerana mereka sudah biasa melihat pelajar-pelajar kolej datang ke situ dengan memakai pakaian yang sama.Jadi tidak hairanlah kan?

     Setiap sudut ruang diperhatikan.Dari satu sudut yang tertutup,Ana terlihat seorang lelaki yang memakai t-shirt prada hitam berseluar jeans kelihatan sedang menunggu seseorang.Lelaki itu juga memakai kaca mata hitam.Dengan langkah yang perlahan Ana mendekati si penghantar pesanan ringkas itu.Ana terus menyapa perlahan.
''Sorry?"
"Sokay,have a seat."

     Kaca mata yang dipakai ditanggalkan dan diletak diatas meja.Mata sepet lelaki itu terus tertancap ke arah Ana dengan redup.Ana tersenyum sumbing,ternyata benarlah tekaannya tadi..
"Lama tunggu?''
"Tak jugak.."
"So ada apa? Kau nak beritahu yang kau dah mula suka Nur ke?''
"Jangan bermimpi disiang hari lah woi! Hurmm,cam nilah..aku pun tak nak berbasa basi sangat.Boleh tak? boleh tak kau sampaikan dekat Nur,stop ganggu aku.Ni last semester aku,aku dah nk grad and aku tak nak dia kacau aku.Aku pun tak nak kusutkan kepala fikir benda tak penting ni.."
"Ada lagi?'' ujar Ana selamba dengan nada yang perlahan.
"Aku tak suka la mesej-mesej ni..And aku terpaksalah hadap segala mesej dia yang tak penting and tak memberi apa-apa makna tu.Kalau tak reply mesej dia nanti kata sombong pula,habis dia canang nama aku satu kolej kata aku ni sombong.Habis reputasi aku nanti hancur .. Eh,suroh lah si Nur tu cermin diri dia tu sikit! bukannya cantik pon ! buat sakit mata aku jelah..Pleaselah Cik Ana,you got it?"
"So sekarang dah habis segala caci maki kau? dah habis segala sumpah seranah kau? Aniq,kau langsung tak bersyukurkan.. Hampir tiap hari dia ambil berat pasal kau,dia ambil tahu semua latar belakang kau..Nur tu" Bicara Ana dipotong oleh Aniq.
"Dia tu psycho! kau boleh faham tak Ana,Nur Psycho!!!." tangganya menepuk kuat meja kopi itu.
Pada waktu yang sama guruh dilangit berdentum kuat!


     Ana memejam matanya seketika.. nafas ditarik perlahan.Sungguh Ana tidak menyangka yang Aniq sanggup melabel Nur sebagai seorang psycho.. Ana juga faham yang keadaan Nur sekarang sudah parah,Nur terlalu OBSESkan Aniq Darwish! Ini terlalu parah..sampaikan kadang-kadang Nur tidak sempat mengulang kembali pelajarannya yang tertinggal dek sebok stalk twitter Si Aniq bukan itu sahaja malah semua akaun sosial milik Aniq di stalknya.Makan dan minumnya juga kadang-kadang diabaikan.Yang paling penting,hampir seluruh dinding bilik Nur ditampal dengan gambar Aniq.

     "Aniq,listen hire.. Aku tak tahu lah hati kau ni diperbuat dari apa.. Sampainya hati kau kan?! langsung tak reti nak hargai orang.Entah makhluk asal dari mana pun aku tak tahu.. Listen carefully,jangan sampai kau tak sempat nak minta maaf dekat Nur hati seorang gadis yang telah kau sakiti..And by the way aku rasa cara kau yang jumpa aku kat sini semata-mata suruh bitau Nur jangan ganngu kau lagi tak gentle lah wey.. cermin diri kau tu jugak! Tak gentle langsong,harap je Kapten Pasukan perangai cam hampehh! Aniq,you will regret it..Wait n see...."

     Ana meninggalkan Aniq sendirian disitu tanpa berpaling kearahnya.Buat apa berpaling ke arah orang yang telah melabel bffnya sebagai psycho human? Tak penting langsung.
Keesokkan paginya mood Nur ceria seperti biasa,seperti yang sebelum-sebelumnya.Ana senang melihat Nur sebegitu.. Ketika Ana pulang samalam Nur letah pun tidur di biliknya,jadi tidak sempat untuk Ana menceritakan hal yang sebenar kepada teman rapatnya itu.Nur juga sudah dianggap seperti adiknya sendiri,dibelai,dimanja dan dijaga dengan penuh kasih sayang.Nur berjalan seiringan Ana sewaktu menuju ke kelas masing-masing.
"Nur,malam ni kau tak pergi mana-mana kan?"
"Takde,why?"
"Ehh! aku dah lambat dah ni.. malam nantilah aku cerita dengan kau ye sayang bye,." Ana terus memecut laju ke kelasnya.Kalau lambat 10 minit pasti dia sudah dianggap ponteng.

^^^^^^^^^^

Malam itu,cuacanya mendung sahaja.Mood cuaca seiringan dengan mood Ana yang rasa serbasalah dan serba tak kena.
"Nur,sini jap..Aku nak cakap dengan kau ni." Nur yang mendengar namanya diseru terus duduk di atas kerusi di ruangan beranda.Wajah Ana nampak tenang.
"Hurmm,apa yang penting sangat?"
"Aku tanya,kau jawab jujur k."
"Keh boshh!"
"Kau betul-betul suka,sayang,cinta Aniq ke?"
"Soalan bodoh apa ni? mestilah aku suka,sayang,cinta dia.Semua aku tau pasal dia,kau tanya je pasal life dia..mesti aku boleh jawab punya! kacang bonzai.. haha. Well,I'm The Silent Stalker! " Seyuman yang disulami dengan ketawa dihadiahkan kepada Ana atas soalan tadi.
"No,ini bukan pasal tu.. Nur,boleh tak kalau kau berhenti kejar dia? boleh tak kalau kau jadi Nur yang dulu.. Nur yang periang,Nur yang rajin,Nur yang masanya diurus dengan baik.. "
"Kau kalau nak jual kerepek jangan kat sini lah Ana.. gi tempat lainlah.Ni ke benda yang penting sangat tu? Aku rasa tak penting mana pun.."
"Nur,listen hire.. kau betul-betul nak tahu satu benda tak? Tapi kau janji dengan aku,kau berubah k.. Aku tak nak Nur yang sekarang ni.Kau kena kuat Nur.."Pinta Ana dengan wajah yang shahdu.
"Hurmm,cepatlah.. "
Telefon bimbit dikeluarkan dari poket baju Ana.Butang 'Play' ditekan...
"Lama tunggu?''
"Tak jugak.."
"So ada apa? Kau nak beritahu yang kau dah mula suka Nur ke?''
"Jangan bermimpi disiang hari lah woi! Hurmm,cam nilah..aku pun tak nak berbasa basi sangat.Boleh tak? boleh tak kau sampaikan dekat Nur,stop ganggu aku.Ni last semester aku,aku dah nk gread and aku tak nak dia kacau aku.Aku pun tak nak kusutkan kepala fikir benda tak penting ni.."
"Ada lagi?''
"Aku tak suka la mesej-mesej ni..And aku terpaksalah hadap segala mesej dia yang tak penting and tak memberi apa-apa makna tu.Kalau tak reply mesej dia nanti kata sombong pula,habis dia canang nama aku satu kolej kata aku ni sombong.Habis reputasi aku nanti hancur .. Eh,suroh lah si Nur tu cermin diri dia tu sikit! bukannya cantik pon ! buat sakit mata aku jelah..Pleaselah Cik Ana,you got it?"
"So sekarang dah habis segala caci maki kau? dah habis segala sumpah seranah kau? Aniq,kau langsung tak bersyukurkan.. Hampir tiap hari dia ambil berat pasal kau,dia ambil tahu semua latar belakang kau..Nur tu"
"Dia tu psyhco! kau boleh faham tak Ana,Nur Psyhco!!!." kedengaran tanggan milik Aniq menepuk kuat meja kopi.
Kedengaran bunyi guruh dilangit berdentum kuat!
Keadaan berjeda seketika.. Air mata Nur mula meluncur laju..
"Aniq,listen hire.. Aku tak tahu lah hati kau ni diperbuat dari apa.. Sampainya hati kau kan?! langsung tak reti nak hargai orang.Entah makhluk asal dari mana pun aku tak tahu.. Listen carefully,jangan sampai kau tak sempat nak minta maaf dekat Nur hati seorang gadis yang telah kau sakiti..And by the way aku rasa cara kau yang jumpa aku kat sini semata-mata suruh bitau Nur jangan ganngu kau lagi tak gentle lah wey.. cermin diri kau tu jugak! Tak gentle langsong,harap je Kapten Pasukan perangai cam hampehh! Aniq,you will regerate it..Wait n see...."

     Sewaktu Ana bertemu Aniq,Ana sempat merakam perbualan mereka.Memang sengaja Ana hendak merakamnya.

"Thanks Ana..thanks.. " Bahu Ana ditepuk perlahan.. Air matanya terus membasahi jubin beranda.
"Maafkan aku.."
"Sokay" Kerusi ditolak keras,dia terus bangun dan menuju kebiliknya.. Pintu bilik dikunci rapat! Nur duduk berteleku,air matanya mencurah lagi.. Dia tersenyum sendiri..senyuman yang puas.Segala gambar Aniq yang terlekat di dinding tidak dicabut,malah dibiarkan sahaja.Ruang bilik direnung indah dengan terhiasnya gambar-gambar Aniq Darwish disitu.

     Sang kaki laju melangkah ke bilik Nur.Kali ini dia merasakan bahawa dirinya telah membuat keputusan yang tepat dengan memberitahu Nur hal yang sebenar.Sekarang dia bebas dan tiada apa lagi yang perlu disembunyikan dari pengetahuan sahabatnya itu.Ana berdiri di hadapan pintu bilik Nur,sebarang tangisan langsung tidak didengari..

"Nur,kau ok? kalau ada apa-apa panggil aku ea,aku akan selalu ada untuk kau.. Nur,jangan menangis sayang.." Ana bersuara di depan pintu yang terkunci rapat.
"Ana,jangan risau..saya ok saya dah besar.."
"Kau buat iklan Calsium ke dalam tu Nur?"
"Kepala hotak kau,aku ok la.. Thanks sebab beritahu aku segalanya.Aku tak kisah pun,and don't worry about me,I'm fine.. Leave me alone please.. "
"Ok,jangan tidur lambat Nur.Nite babe."
"Nite Ana." jawab Nur perlahan dari dalam bilik.
^^^^^^^^^^
     Pagi itu,Ana terkejut melihat mata Nur yang sembap dan bengkak.Tangannya dengan cepat terus menyentuh mata Nur.
"Kau kenapa?"
"Takda pape..Aku ok lah.. dah,jom cepat ge class.Dah pukul berapa dah.."
Mereka bersama terus menuju ke kolej dengan kereta Myvi yang dipandu Ana.
^^^^^^^^^^
Beberapa hari kemudian..
"Aduh,jalan besar-besar pun tak nampak ke.. " Nur mengomel sendiri,geram dengan orang yang melanggarnya tadi.Dia membongkokkan badannya.Buku-buku yang bertaburan dikutip satu per satu.Orang yang melanggarnya juga tadi turut melakukan hal yang sama.
"Sorry,tak sengaja tadi..I yang salah tak nampak you.You ok tak ni? ahaa.."  dan lelaki itu pun tersenyum ketika bercakap.


     Sewaktu lelaki itu mengembalikan bukunya mata mereka bertentang,Nur terpana seketika.. Jantungnya berdegup dengan sangat laju! Mata itu.. Nur terus membuang pandangannya ke arah lain.Sakit sungguh hatinya ketika 'shot' bertentang mata tadi.Cepat-cepat dia berdiri.Aniq juga melakukan perkara yang sama.
Nur hanya mendiamkan diri.Lari! itu saja yang bermain dalam kotak fikiranyya sekarang.Di tangannya memeluk erat buku dan terus berjalan tanpa mengucapkan terima kasih.Sedikit pun dia berpaling ke arah Aniq.Sedikit pun tidak..


"Nur..."

     Panggilan dari suara Aniq langsung tidak di endahkan.Sang kaki terus bergerak pantas,yang pasti tiada tanda-tanda mahu berhenti..
^^^^^^^^^^^
     "Dah seminggu fon kau off,pasni kau on kan ye.. Sorry malam ni kau tido sorang-sorang.Well kau tahu lah kan,mak cik aku nak tunang esok pagi.. so sebagai anak buah yang mithali,kenalah hadir and tolong-tolong apa yang patut.On kan tau fon kau! mana tahu ada benda penting ke aku nak beritahu .."
"Kesian aku malam ni tido sesorang.Sokay lah..Pergilah sana,hahaha.."
"Aku nak pergi ni,kalau ada apa-apa jadi kau terus je call aku ok?"
"Ye Cik Ana yang kuat membebel! "
"Hahaha..bagus! cerdik rupanya kawan aku ni?"
"Kwangjakk.. na.."
Pintu kereta ditutup.Enjen kereta juga sudah lama panas dan sudah tiba masanya untuk Ana bergerak ke rumah atoknya di kampung.
Kepalanya di jengahkan ke luar tingkap."Bye Nur! take care .. miss you.Nak hujan dah ni! cam lebat je.Plug tv tu cabut! segala plug yang penting tu semua cabut tau! bahaya kalau tak cabut."
"Elehhh,miss you konon.. yelah kot nak hujan tu..Okay tata.. pandu cermat jiwa selamat babe! ye nek,cu dengar segala suruhan nenek itu tadi. Bye!" Tangannya melambai ke arah Ana.Ana ketawa riang..

     Pintu rumah dikunci.Mulut Nur sudah mula menguap..jam di dinding dipandang.Beserta itu dia terdengar bunyi guruh yang kuat,segala plug segera dicabut.
"Haaarrfff,sembilan setengah.. asal mengantuk sangat malam ni? aku telan apa ha tadi?" mulutnya menguap lagi.Matanya sudah berair.
"Time to sleep! oh before that kena on kan fon dulu.. kan nenek tu dah pesan tadi.Heehee." Dia tersenyum sendiri.
Badannya dihempaskan ke atas tilam yang empuk.. hujan sudah mula turun.Suasana malam itu sangat nyaman dengan udara malam yang sejuk.Selimut ditarik hingga ke paras dada.Malam ini senang betul Nur lena..


"Tokkk!!! Tokk!" Kedengaran ketukkan pintu dari arah luar rumah.Ketukkan itu semakin lama semakin kencang.Nur terus tersedar dari tidur lenanya.Jam kecil yang terletak di atas meja sebelah katilnya segera dicapai.
"Tiga setengah pagi,siapa pulak yang ketuk pintu macam nak pecahkan pintu rumah tu?" Dengan terpisat-pisat dia bangun dan terus menuju ke arah pintu.Pintu dibuka dengan perlahan.

     Kilat terus memancar-mancar.Matanya di kecilkan sedikit dek takut dengan cahaya kilat itu.
Sebuah jasad sedang berdiri dihadapannya dengan pakaian yang basah dan keadaan yang basah kuyup.Mukanya nampak sangat pucat.Wajah itu dilihat jelas oleh Nur.

     "Aniq? awak nak apa?"

     Aniq tidak menjawab sebaliknya kepalanya direbahkan ke bahu kanan Nur.Jantungnya berdetak dengan laju..Nur terkejut tetapi dibiarkan sahaja tindakan Aniq yang merebahkan kepalanya di bahu Nur dalam keadaan yang basah kuyup. 'Speachless'! Hujan masih tidak mahu berhenti.. malah hujan turun dengan sangat lebat..
"Nur,.." Dengan tiba-tiba air mata Nur mengalir.Suaranya sayup kedengaran di telinga.Suara Aniq boleh didengar dengan sangat jelas walaupun disulami dengan bunyi titisan air hujan.
"Saya minta maaf Nur,segala dosa saya dekat awak..Apa yang selama ni saya lakukan kepada awak,saya betul betul minta maaf.Saya manusia yang tak tahu apa erti bersyukur.Saya tak bersyukur dengan adanya awak disisi saya Nur.Now I regret it.. Awak marahkan saya? Saya minta maaf.Saya tak layan awak? saya minta maaf Nur.Saya betul-betul menyesal."


     Nur dapat merasakan yang air mata Aniq Darwish sedang mengalir.. Dia dapat merasakan itu.
"Nur Zarah Syafina,sudikah awak..''
Jantungnya kini kembali berdegup laju tiada had!
"Sudikah awak maafkan segala kesalahan yang telah saya lakukan terhadap awak? "
"Awak merepek apa ni Aniq?" Hati suci Nur mula sayu.Hatinya berbelah bahagi saat ini.
"Don't lie to me.. I know your real feelings.. You love me right? Nur,don't you? maafkan saya Nur." Kata 'maaf' sering diulang di bibir Aniq,sesungguhnya dia sangat menyesal.
"Awak demam ni Aniq,badan awak panas.. saya ambilkan tuala dengan air panas ya?" Kepala Aniq yang terletak dibahunya diangkat perlahan.Siapa yang sanggup melihat lelaki yang dicintai mengigil kesejukan dan demam? Pastinya tidak akan dibiarkan lalu Nur memapah Aniq hingga ke ruang tamu rumah.Aniq dibiarkan terbaring disitu.Kakinya segera melangkah ke dapur untuk menjerang air panas.Setelah menjerang air,Nur masuk ke biliknya untuk mencari tuala yang akan diberi kepada Aniq.Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi..
"Nenek telefon?"
Nur menghenyakkan punggungnya di atas tilam.Butang hijau terus ditekan..
"Hello Nur,ada benda penting aku nak cakap dekat kau ni.Berita ni pun baru aku tahu tadi."
"Berita apa Ana? kenapa kau macam cemas je ni?"
"Aniq Nur! Aniq..."
"Ni yang aku nak cerita dekat kau ni.. tadi. Aniq ad.."
"Aniq accident!.. "
Hati Nur kini berkecamuk.Kakinya terus berlari ke ruang tamu dimana di membaringkan Aniq di sofa,sambil tu dia bercakap di telefon."Kau bohong.. mana ada.. dia kan.." Nur terpana..
"Aniq dah meninggal di tempat kejadian.. Nur,aku harap kau tabah menghadapi ujian dari Allah Nur..Allah tak akan uji lebih daripada kemampuan hamba-Nya itu sendiri Nur." Dengan murahnya air mata Nur terus menerus mengalir.. kepalanya terasa berat.Nur rebah..dia tidak sedarkan diri..
^^^^^^^^^^
"Nur,syukur alhamdulillah kau dah sedar..''
''Bila kau sampai?''
"Sejak aku langsung tak dengar suara kau masa telefon tu..''
"Pukul berapa ni?''
"Sembilan pagi.. kau nak ikut pergi majlis pengkebumian dia?"
"Aku nak.."

Sewaktu majlis pengkebumian Aniq dijalankan,ramai temannya yang hadir,sesudah bacaan surah yassin .. Jasad Aniq dibawa ke tanah perkuburan Islam. Air mata Nur kini sudah kering.. tiada lagi air mata yang akan keluar dari tubir matanya.. Ana simpati akan musibah yang menimpa Nur.Sewaktu Ana memandang Nur,tiba-tiba hati Ana berasa lain.. Kenapa Nur tersenyum sendiri? bagaikan tersenyum puas..Dari raut wajah Nur, senyuman itu gagal ditafsir oleh Ana.


-Tamat-
-Little Innocent-
Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Friday 2 August 2013

Mr Lipton, Gadis Oreo & Lee Gi Kwang [Cerpen]

Views
My first Karya. Cerpen
Enjoy it.
Harap maaf atas kesalahan ejaan & segala-galanya.





"Papa!!!" Bergema banglo tiga tingkat milik Dato' Hisyam dengan suara nyaring anak perempuan tunggalnya.Kemarahannya mendidih seperti air panas yang sedang menggelegak! "Pa! I dont want that teacher! Please change the teacher,I want another teacher! He such a bullshit and you know what? I hate him much.. so dont force me pa.." 

Dato' Hisyam hanya mampu menggelengkan kepala dengan kata-kata anaknya tadi,kenapa Rania Qistina sangat bencikan Aeril Zaryf ? Apa yang telah berlaku antara mereka? itu menjadi tanda tanya baginya. "Dont be rude girl,tell me why you hate him so much dear? What did he doing to you? you can explain to me.. First time papa tengok,dia ajar Nia okay je,Nia pun ikut cakap dia.. kenapa tiba-tiba ni? " ujar Dato' Hisyam perlahan.


Rania merengus marah,sungguh dia benci sekali dengan lelaki itu! ya, tutor bagi subjek sejarahnya itu Encik Aeril Zaryf. "I dont want to tell you why I hate him so much,no Zaryf! kalau papa tak tukar jugak cikgu sejarah tu.. Nia mogok taknak belajar,biar SPM Nia teruk!"Dia terus belari masuk ke biliknya tanpa rasa bersalah.


Datin Zara yang menonton drama swasta tadi hanya mengelengkan kepala. Dia sudah masak dengan perangai anaknya yang satu itu.Kalau betul,betullah bagi dia.Kalau salah bermakna memang salahlah dimata dia.Tahun ini sangat penting bagi Rania Qistina kerana dia akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia. 


Datin Zara dan Dato Hisyam mahukan yang terbaik untuk Rania kerana Ranialah satu-satunya buah hati mereka.Mereka juga tidak mahu Rania tertinggal dalam era pemodenan ini dimana semakin ramai orang yang pintar.
Dato' Hisyam tahu yang Rania ni tidaklah serajin mana untuk mengulang kaji pelajarannya yang Rania tahu hanya shopping dan biskut Oreonya 

sahaja. kalau ujian pun setakat lulus itu tidak cukup.Jadi,Dato' Hisyam telah mengupah guru persendirian untuk Rania bagi subjek yang lemah seperti Sejarah,Matematik Tambahan,Fizik dan Biologi.Rasanya setakat ini semuanya okay tetapi dia begitu aneh dengan sikap Rania,sungguh-sungguh dia meminta agar guru sejarahnya ditukar.

"Sudahlah bang,kita cari je tutor yang lain.Dekat luar tu banyak,bukannya takda guru yang mengajar sejarah.Abang ni pun,tak kan tak faham lagi dengan perangai Rania tu."


"Tapi budak tu bagus Zara..entahlah pening kepala saya dibuatnya."
"Ingat bang,Sejarah tu subjek yang WAJIB LULUS! Kalau dia tak nak belajar nanti macam mana.. kesian dia bang." sengaja ditekankan perkataan wajib lulus itu.


"Nantilah saya fikirkan." Dato' Hisyam terus melangkah ke laman rumahnya.Sungguh tenang.. dia menghirup udara yang segar kerana halaman itu ditanam dengan pelbagai jenis pokok dan bunga.Hilang sebentar masalahnya.



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^



"Oh GOD!!! I hate this!" dia mula membaling bantal ke cermin. Rania berdiri di depan cermin."Kenapalah aku kena jumpa dia lagi,lebih parahnya dia jadi tutor aku.Is this my fate? Aku benci dialah!"


Rania mencapai tabnya dan melihat scadule dia hari ini.Matanya membulat besar! dengan memek muka yang tidak dapat ditafsirkan.Petang itu dia merasakan bahawa hari inilah merupakan hari yang sangat malang baginya.
"SEJARAH?!!!" Sungguh malang nasibnya.Kan sudah dibilang.. memang malang.


Apalah nasib,malam ini dia akan bertemu lagi dengan Mr Crush tu.Biskut Oreo di atas meja dicapai rakus olehnya! dia makan sekeping dengan perlahan, sekeping dan sekeping lagi.. dan lagi.. sehingga habis satu plastik biskut Oreo.Itu sahaja cara yang dapat dia menghilangkan stress hidupnya."Malam ni.. malam ni aku nak kenakan dia!.. hahaha." ketawanya perlahan.Dia yang kepenatan terus tertidur.


"Tokk-tokk.. " Bik Surti mengetuk pintu bilik Rania untuk mengejutkannya."Non Rania,bangun Non.. ini sudah malem,non Rania emangnya engak ada kelas ya malem ini? Itu Tuan Aeril Zaryfnya sudah dateng.. aduh tunggu non itu.Non Rania,bangun non." kata Bik Surti yang diselangi dengan ketukan pintu.
Rania terus terjaga,bagai ada kejutan yang membuatkan dia terbangun secara automatik apabila terdengar nama Aeril Zaryf disebut.


"Ya bik,Nia dah bangun.." jawabnya lemah.


Dia yang terpisat-pisat mencapai jam yang diletak di atas meja sebelah katinya.


"Eermm., lapan suku.. baru lapan suku.Sambung tidurlah..kan dah kata,suruh tukar cikgunya.. kenapa tak tukar? sekarang padan muka." katanya dengan perlahan.Tanpa mempedulikan kedatangan gurunya,Rania terus menyambung tidur.



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^



Dato' Hisyam membawa Zaryef ke ruang belajar."Maafkan uncle,Rania memang macam tu.Kalau dia dah tertidur susah nak kejutkan dia.Maybe dia penat sangat."Dato' Hisyam cuba meminta maaf bagi pihak Rania.


"It's okay uncle.Saya boleh tunggu tapi disebabkan Rania lewat,saya terpaksa memanjangkan masa pembelajarannya.Maklumlah uncle,time is gold right? so saya tak nak lah makan gaji buta sebab saya ajar dia sikit je.Contohnya kelas bermula pada pukul lapan malam dan tamat pada 10 malam,sekarang Rania dah lewat 20 minit bermakna kelas ini akan habis pada pukul 10.20 minit malam.Bolehkan uncle,untuk kebaikan Rania juga." Zaryef tidak mahu dianggap makan gaji buta,jadi inilah jalan penyelesaiannya.


Dia berfikir sebentar,ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Zaryef."Baiklah,uncle setuju.Ya,ini untuk kebaikan Rania Qistina juga."
Akhirnya..Hati Zaryef meloncat suka! wahh.. sudah jatuh hati agaknya sejak pertama kali bertemu dengan Rania Qistina.'Ya,sayalah Mr Crush itu.'


Dato'Hisyam mengerling jam ditangan.Jarum menunjukkan pukul 8.20 minit malam,Rania masih belum keluar lagi dari biliknya.


"Zara,cuba awak kejutkan anak awak yang sorang tu,kesian ni ha Zaryf tunggu dia dekat sini.Macam mana nak LULUS CEMERLANG dalam subjek sejarah macam ni?".Kini Dato' Hisyam juga sudah pandai menekankan ayat pada kata-katanya,lulus cemerlang.


Datin Zara membuat muncung lalu bergerak mendekati suaminya dan membisik dengan nada perlahan."Bang,kan Rania dah kata kalau abang tak tukar cikgu sejarah dia..dia mogok tak nak belajar.Tu yang dia tak nak bangun dari tadi."


Zaryf hanya berdiri tegak macam tiang bendera dan memandang ke luar.Dia langsung tidak mahu masuk campur dalam hal keluarga Dato' Hisyam.


"Ish awak ni Zara,pergi kejut dia sekarang.Suruh dia berpakain bersih dan sopan,dengan pakaian yang bersih itu baru ilmu senang nak masuk.Abang tak nak tengok nanti ada buah anggur melekat dekat mata dia.. air liur menjejeslah,air liur kering lagi.. yang penting Rania mesti bersih! Sekarang awak pergi kejut dia,dah pukul berapa dah ni." Dato' Hisyam juga membisik dengan perlahan agar perbualannya tidak didengar oleh Zaryf.Bukan apa,takut dia berkecil hati pula nanti.Zaryf mula duduk di kerusinya.


Setelah mendengar apa yang telah dikatakan oleh suaminya tadi,Datin Zara terus memanjat anak tangga satu per satu.Pintu bilik anak perempuan kesayangannya diketuk.


"Nia.. Mama ni,bangun sayang.. Nia please,Zaryf dah tunggu lama tu.Papa pun dah mula nak marah.Honey??? Nia.."


Mulutnya menguap besar,arghh.. rasa lega pula tetapi sisa rasa mengantuk itu masih ada lagi.Rania terus melangkah untuk membuka pintu biliknya.Mamanya terus melangkah masuk ke dalam bilik.


"Honey,pergilah siap..you ada class dengan Cikgu Zaryf kan? saja je nak buat papa marah.Sekarang ni papa pula yang nak marah mama sebab Nia tak bangun-bangun dari tadi." Datin Zara pula yang rasa nak marah sekarang ni tapi rasa itu di tepis sejauh mungkin.


"Alahh,tak payah nak cikgu sangatlah."Omelnya sendiri.
Rania menggaru kepalanya yang tidak gatal,dengan melihat air liur kering Rania sahaja mampu membuat Datin Zara tergelak."Sayang,you mesti penat sangat ni sampai ada air liur basi melekat dekat situ.. ish-ishhh."Dia tersenyum sambil menggelengkan kepala.


"Mama,can you tell to your husband..I dont want him to teach me,ma please.For the rest of my life and for my sake,kali ni je mama cuba pujuk papa.Nia tak suka dia ajar." Rania merayu semahu-mahunya.Memang dia benci dengan Mr Crush itu si pembawa bencana! benci teramat!Dengan kejadian petang tadi,menambahkan lagi rasa bencinya terhadap Mr Crush. Sejak kali kedua dia bertemu dengan gurunya itu,dia telah melebel Zaryef sebagai Mr Crush iaitu Encik yang selalu menghancurkan harinya.


"Sorry sayang,bukan kali ni.Cepat pergi mandi and papa kata pakai baju yang sopan dan kemas ok?,mama tunggu.Cepat siap."


"Ermm,ok mum if you and dad said like that.. Saya terpaksa!.. Tuhan tolong lembutkan hati diaaa... " Sempat lagi dia menyanyikan sebaris lagu ombak rindu yang suara asalnya daripada snow white Malaysia siapa lagi kalau bukan Adira.Tuala yang tergantung di pengangkut terus dicapai.Pintu bilik air ditutup rapat.Bunyi air kedengaran.


Rania menyanyi dengan kuat di dalam bilik airnya."Just give me a reason.. This is too much, why dad do this to me.. I don't know,ohh yeahh.." Lirik asal Just Give Me A Reason juga telah diubah.Setelah ditukar liriknya dari yang asal lain benar bunyinya.Bunyinya makin teruk.


Datin Zara yang duduk di birai katil sibuk menyelongkar beg sekolah Rania.Setelah di selongkar sepuas hati tiada apa yang mencurigakan cuma biasalah,homework yang terbengkalai itu banyak dan tak lupa juga banyak dakwat merah yang menunjukkan simbol tanda soal di muka surat buku latihannya yang kosong.


"Ma,I'm ready.. Jom keluar." Rania langsung tidak kisah jika mamanya hendak menyelongkar barang peribadinya.Dia langsung tidak kisah kerana bukan ada benda dan perkara penting pun yang perlu dirahsiakan dari mamanya.Boyfriendpun dia tak ada.


"Tuuu diaaaa.." kapalanya digeleng berulang kali."Astagfirullahhalazim.. Nia! tukar baju sekarang!"Datin Zara mengucap panjang.


"What? I only wear a short pant and singlet spaghetti string.. what's my wrong?" Terserlah kulit Rania Qistina yang putih menggebu,tidak kurang juga kakinya nampak lebih panjang apabila dia mengenakan short pant ditubuhnya.


"What's your wrong? kalau terperap dalam bilik je boleh la Nia pakai macam ni.Tapi sekarangkan Nia nak belajar tak kan pakai macam ni? Honey you pergi tukar baju sekarang.Cepat dah pukul berapa dah ni nanti papa marah."Kata Datin Zara dengan tegas.


Dia mengomel sendiri."Shuuttt up.. bisinglah ma.Yelah-yelah Nia tukarlah ni.Tak habis-habis papa marah papa marah,cuba lah papa ketawa ke,papa tidur ke,papa pegi main golf ke,papa nak berhentikan mamat tu ke..aduhai baru senang hati sikit.'' Dia mengeluh panjang.


"Apa Nia cakap apa tadi? mama kurang dengar."


"Eh,mana ada Nia cakap apa-apa.Ni Nia nak tukar baju lah ni." Akhirnya Rania mengenakan t-shirt lengan panjang dengan seluar track bottom di tubuhnya.Kali ini dia nampak sungguh sopan dan ayu.Rambutnya yang panjang dan lurus juga dilepaskan.


"Ok Mama.. Shall we?"


"Haa... macam ni lah baru anak papa dengan mama." Datin Zara tersenyum lebar.Berjaya juga dia membawa Rania keluar dari biliknya dengan pakaian yang sopan dan bersih.



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^



Mereka duduk saling menghadap."Sorry I'm late."Ujar Rania sebangai tanda memohon maaf.Hatinya senang kerana telah mengenakan Zaryf tadi dengan melengahkan masa pembelajarannya.


"It's okay.Kamu sudah bersedia? kiranya boleh kita mulakan sekarang.Sekarang pukul 8.32 minit malam.Kita mula ya?"


"Hurrmm.." Dia mengiyakan.Di mindanya masih lagi bermain drama swasta yang berlaku di antara dia dan Zaryf petang tadi selepas baru pulang dari sekolah.


"Wait ea.. Bikk! Bibikkk!!" Rania memekik memanggil pembantu rumah warga Indonesia yang digajikan oleh kedua orang tuanya.


Bibik Surti yang mendengar pekikkan anak majikannya terus berlari macam orang tak cukup tanah datang ke sisi Rania.


"Ya non,ini bibik sudah sampei.. non mau apa?"


"Bawakkan Nia dua plastik biskut Oreo dengan segelas milk low fat okay.. low fat."


"Baiklah non.Tuan Zaryf mau pesan apa?"


"Takpelah bik,terima kasih."Secara sopan dia menolak pelawaan pembantu rumah Dato' Hisyam itu.


Rania yang sedang membuka buku sejarahnya membuat jeling tajam ke arah Zaryf."Eleh,segan-segan pulak.. Order jelah,tau lah bibik nak buat.Bujet betul."


"Kalau dah non Rania omongnya begitu bagi saja saya teh ya bik.. Teh Lipton ada bik?"Kata Zaryf dalam sleng Indonesia.Sengaja dia mahu mengikut gaya percakapan bibik Surti.


Pecah tawa bik Surti."Bibik rasa ada tuh."Otaknya mula mengimbas kembali sama ada atau tidak teh Lipton di dapur.


"Teh Lipton ya bik letak gula saja jangan letak susu.Terima kasih." Zaryf lebih suka teh Lipton yang ditambah gula berbanding ditambah susu.


Rania membisikkan sesuatu ke telinga bik Surti.Bik Surti hanya menjadi burung belatuk mengangguk faham dan terus menuju ke dapur.


Sebatang pensel dicapai dari bekas pensel miliknya.Aeril Zaryf merupakan seorang pelajar universiti yang mengambil jurusan perguruan dan ketika ini dia sedang berada di semester kedua.Kerana ingin mengisi masa lapang dan mendapatkan pengalaman yang lebih,Zaryf telah diupah untuk menjadi guru persendirian kepada anak perempuan Dato' Hisyam.Dalam subjek Sejarah,keputusan SPMnya mendapat A+.. memang dia merupakan pelajar pintar di sekolahnya dulu.Maklumlah,result SPM 11A+,rasanya macam tak logik pula budak yang mendapat 11A+ menjadi seorang guru.Kalau itu memang sudah cita-citanya logikkan sajalah.


Rania merenung muka Zaryf,dia amati setiap genap setiap sudut setiap ruang dan setiap inci wajah Zaryf..ada iras-iras Lee Gi Kwang la! .Sudah tiga kali bertemu baru malam ni dia perasan? Memang Zaryf ni kacukan cina tapi tak sangka pula mukanya ada iras-iras Lee Gi Kwang! pujaan hati Rania Qistina tu.


Zaryf perasan dari tadi Rania merenung wajahnya dengan sengaja dia berdehem. "Errhh..ehhemm.."dia tersenyum sumbing.Ok,sekarang Rania sudah berada di dunia realiti.


"Dari tadi Zaryf perhatikan..Nia pandang wajah Zaryf lama.. kenapa? berkenan ya?" Dia tergelak perlahan.Secara logiknya Zaryf ni memang seorang mamat yang hensem dan digilai ramai mana taknya klon Lee Gi Kwang tu!
"Jangan nak perasan boleh? tahi hidung terkeluar ada hati cakap orang bekenan pula.Pleaseelahh okayy."Rania menarik muka.


'Eh? betul ke ada tahi hidung terkeluar?' Dia mula cemas mana tahu kot-kot betul ke ada tahi hidung yang terkeluar.Badannya terus dipusingkan 180 darjah ke belakang mengikut arah jam.Dia menyentuh lubang hidungnya.. 'Eeew.. betullah malunya aku.. malu oi! mana nak letak muka ni adohai jatuh saham aku!'Setelah dibersihkan kotoran tadi badannya diputarkan semula 180 darjah mengikut arah lawan jam.Dia memandang muka Rania,tampak jelas senyuman sinis diwajahnya.


"Washroom??"


"Turn left."



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^



"Non,ini susunya ini oreonya.. Tuan Zaryf tehnya,untung masih hangat diminum dulu ya."


"Terima kasih bik." Ujar Zaryf


"Thanks." Giliran Rania pula yang berterima kasih.Bibik Surti terus ke dapur.


"Hari ni kita belajar pasal nasionalisme di Malaysia sehingga perang dunia kedua."


"Okay,cepat ajar aku." Sungguh kasar bahasanya.


Sepanjang sesi pengajaran dan pembalajaran tidak rasmi yang sedang berlangsung dirumah Dato' Hisyam secara emosinya membuatkan Rania mengantuk.Maklum sajalah,nama pun SEJARAH lainlah kalau Pendidikan Jasmani.. sudah tentu dia cergas terlebih hyper. Sekejap mendagu memandang meja,sekejap mendongak memandang siling,menguap lagilah tak terkira. Tidak lama kemudian,matanya tertutup rapat.Zaryf yang menyaksikan kelakuan Rania tadi tergelak seorang.'Aik? baru 30 minit belajar dah jadi macam ni? dasyat betul macam mana nak jawab SPM kalau macam ni..' kata hati Zaryf.


Mata Rania tertutup rapat sambil mulutnya sedang menggigit separuh dari biskut Oreo.Zaryf pun mushkil,kenapalah Rania ni suka sangat dengan biskut Oreo..Teringat pula masa pertama kali dia bertembung dengan Rania .. ye budak ini Rania Qistina.


"Hey,mata letak mana?" 


"Maaf saya tak sengaja"


"Habis kotor baju! bukan kau yang basuh..Air pe ni? kuning-kuning pulak tu."


"Air teh,senang basuh bukan macam kopi..maaf tak sengaja saya terlanggar.Saya nak cepat ada hal,minta diri dulu ya."Zaryf terpaksa menghadiri mesyuarat penting bersama lecturernya.


"Pikir kau punya hal je,biskut Oreo aku yang bertabur kat jalan ni siapa nak ganti? Aku lapar kau tahu tak.That Oreo is my favourite." Padahal boleh saja dia membeli di kedai runcit seberang sekolahnya.Tapi saat itu Rania betul-betul lapar! jadi dia malas untuk bergerak.Zaryf membaca tag nama yang melekat di baju sekolahnnya.Tag nama yang melekat betul-betul di bawah lencana sekolah 'Ketua Tingkatan'.'Rania Qistina'.


"Woiii budak! Ada aku kisah ke itu favourite kau?Kau cakap elok-elok sikit boleh tak? Tak ada adab betul ! Mak bapak tak ajar ke suroh hormat orang ketika bercakap.Gunalah bahasa yang elok sikit and cakap dengan nada yang sederhana,bukannya macam kau.Biadap! terjerit-jerit.. pikir aku suka?" 'Nama je cantik tapi perangai,Astaghfirullahalazim..'


Rania tersentak."Kepala bapak kau! mak bapak jangan mainlah.. Aku lapar bodoh! biskut aku tu! bullshit."


'Apa?Kau bullshitkan aku? kuang ajakkk,nak sangat kan.. amik ni rasakan.Budak biadap tak patut dihormat!'Bentak Zaryf di dalam hati.
Zaryf mengutip sekeping biskut Oreo bertaburan di atas jalan yang bederkatan dengan gadis yang memakai uniform sekolah itu.Biskut itu dibuka dan intinya diseletkan ke baju sekolah Rania.Baju sekolahnya kotor dengan kesan inti Oreo itu.Ini betul-betul membuatkan Rania marah tahap gunung lipat muda yang ingin memuntahkan larva.


"Oppss..Aku ingatkan baju kau yang lapar nak makan biskut ni." Zaryf membuat senyuman yang sangat sinis!Terasa puas hatinya memberikan pelajaran sebegitu rupa terhadap Rania.


Dia menghulurkan sekeping wang kepada Rania."Nah RM5 pegi beli Oreo kau.. Aku nak pergi ni."


Rania masih lagi membatukan diri menaha
n geram terhadap lelaki itu.Zaryf mencapai tangan kanan Rania dan memasukkan wang kertas lima Ringgit Malaysia itu ke dalam genggamannya.

"Aku pergi dulu.. Belajar hormat orang budak kecik!" Zaryf terus pergi meninggalkan Rania sehingga hilang bayanganya.

Duit yang ada dalam genggaman tadi dicampakkan dengan penuh rasa benci dan marah! Dipijakknya duit itu semahunya dan bersunguh-sungguh..sehingga duit itu bertukar warna menjadi kelabu akibat dilitupi dengan debu yang berada di bawah tapak kasut milik Rania.


"Setakat RM5,parents aku pun banyak duitlah.. lebih dari ini!" Bentaknya seorang diri.


Rania terus berjalan pulang ke rumahnya dengan menyumpah seranah lelaki yang tidak dikenalinya itu. Rumah banglonya terletak selang tiga buah rumah dari sekolah. Disebabkan itulah Rania selalu pergi dan balik sekolah jalan kaki.Itu pun Dato' Hisyam yang suruh.. kalau tak pasti Rania akan dihantar oleh Pak Akob pemandu papanya.


Sebenarnya dalam kesuntukkan masa,sempat juga Zaryf menyorok di belakang tiang memerhatikan gelagat Rania.Dia mengelengkan kepala dan tersenyum sendiri.'Dasyatnya budak ni,tapi comel!'


"Nia.. wake up girl.Heyy.." dia mencucuk lengan Rania dengan menggunakan belakang pensel yang tumpul.Rania yang merasa lengannya dicocok terus bangun dari tidur.


"Errmm.. Am I sleep?" dalam keadaan yang mamai dia menguap lagi.


"Yes you are.Wash your face and we will continue to next chapter."
Dia yang terpisat-pisat bangun memandang jam dinding.


"Ha? baru pukul 9.05 minit.." 


"Yaa! So go to washroom and wash your face.Remember your mouth too,itu ada Oreo melekat." Kini giliran Rania pula yang berasa malu ditegur oleh Zaryf dengan nada yang sinis,tapi tidaklah semalu Zaryf tadi.Rasanya kejadian Zaryf lebih malu.Zaryf hanya menunduk dan membaca bukunya dengan senyap.


Dia kembali duduk di kerusi
 dengan gaya bersila.Dari matanya melihat air teh Zaryf masih lagi seperti asal tidak terusik.

"Asal tak minum lagi air teh tu? bukan Encik Zaryf suka sangat ke dengan teh Lipton.Minuman wajib bukan?"Ketawanya perlahan.

Mata Rania ditenung,anak mata berwarna coklat kacang hazel! sangat cantik.. 'gulpp' SubhanaAllah.Air teh itu dicapai,,dihirupnya perlahan menikmati aroma teh tiba-tiba...


"Ppurrhhhhhhh.." Tersembur air teh yang hendak diminumnya tadi.Lagi 10 cm je hendak kena muka Rania,itu pun sempat mengelak.Kalau kena pada muka Rania.. mahu tujuh hari tujuh malam di samak mukanya.Pelbagai treatment diperlukan untuk kembalikan muka cantiknya itu. 


"Masin!!! Nia,awak kenakan saya ye! berani awak..'' Rania hanya ketawa mengekek ngekek dan mula berlari.Dia suka Zaryf berkeadaan begitu.Zaryf juga mengejar Rania keliling meja. Entah berapa kali mereka tawaf keliling meja bersama.Tawa mereka tiada penghujungnya sampailah Rania mengaku kalah.


"Haha..ha.. semput amik nafas jap,humm huuhhh.. humm huuhhh,ok stop.Nia surrender." Dia terkejut dengan kata-katanya tadi.For the first time Rania Qistina membahasakan dirinya sebagai 'Nia' dan bukannya 'Aku'.Zaryf mencekak pingggangnya dengan membuat muka yang konon-kononnya dia sedang marah.


"Ehemm ehemm.." ada orang berdehem.Secara autometik Rania dan Zaryf memandang dari mana arah suara itu datang.


"Korang ni belajar ke main kejar-kejar? ketawa je mana nak masuk ilmunya. Zaryf,patutnya kamu tekankan lagi apa yang perlu diajarkan kepada Rania Qistina Dato' Hisyam ni." kata Dato' Hisyam tegas.


'Tulah salah aku juga pergi kejar-kejar budak kecik ni.Haa..kan nama penuh dia dah kena sebut.' Zaryf rasa bersalah dihati.Dato' Hisyam berlalu pergi.Rania memandang Zarief.


''Ok,have a seat.. we continue to next chapter." Selepas kejadian itu keadaan mereka terus menjadi 'awkward'.


Setelah selesai Zaryf mengajar tepat pada pukul 10.32 minit malam,Rania menghantar Zaryf ke muka pintu hadapan.Sepanjang pembelajaran kali ini,Rania nampak sungguh konsisten dan banyak bertanyakan perkara yang dia tidak faham.Mungkin setelah ditegur papanya dia berubah secara drastik.Walau apapun baguslah begitu.Ketika memandang Rania,jantung Zaryf berdegup laju dan tidak keruan.Kadang-kadang dia gelisah sendiri.Ada-ada saja perasaan Zaryf ni.


"Thanks cos teach Nia malam ni.Nia faham apa yang cikgu ajar."Rania menghadiahkan senyuman kepada Zaryef.Aeril Zaryf terkejut tiba-tiba Rania menjadi baik dan sopan.Sungguh aneh.


"Setahu saya,Khamis ni awak ada exam sejarah penilaian kokurikulum pertama kan.. betul tak?"


"Mana cikgu tahu?"


"Papa awak beritahu."


"Ohh..herrmm.."


"Saya harap awak buat yang terbaik,lulus and dapat A+.Itu harapan cikgu pada awak Nia.Sejarah ni sebenarnya senang,awak perlu ingat je kerana itu semua fakta."


Rania hanya menganguk mengiakan.



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^



~* Seminggu kemudian..*~


"Pa.. Ma.." Rania sibuk mencari kedua orang tuanya.Sudah dicari merata-rata masih juga tidak jumpa.Perasaannya mereka ada di rumah.


"Ada apa jerit-jerit macam orang hilang anak ni?" Sergah Dato' Hisyam dari arah dapur.


"Papa! watch this!" keputusan kertas peperiksaan sejarahnya ditunjukkan kepada Dato' Hisyam."Mama mana?"


"Toilet."Kertas tadi dibelek sehelai demi sehelai.Sangat memuaskan!


"Pandai anak papa kali ni,hope you will be constant with this result.Good girl." Kepala Rania dusap manja.Rania memeluk papannya dengan erat.


"Ha..ni apa ni? bercurah kasih sayang tak ajak mama sekali."Datin Zara yang datang dari arah toilet tidak semena-mena terus memeluk suami dan anak tunggalnya sekali.Sebuah dakapan sempurna.


"Ni apa yang sampai berpeluk-peluk? sebelum ni tak pernah pun nak perpeluk bersama..Ada apa yang mama tak tahu?"


"Anak kita ni Zara Sejarah dia dapat 87 per 100 markah..pandai kan?"


Tiba-tiba Rania menyampuk."Walaupun bukan A+ tapi still A solid right?"


"Alhamdulillah,pandai anak mama.Sayang dia."Dahi mulus Rania dikucup berkali-kali dengan penuh kasih sayang.


"Lek la,baru penilaian pertama,belum mid year exam lagi.Tak sabar nak beritahu cikgu nanti.Malam ni kan Nia ada tuisyen dengan dia.Yeahh! tak sabarnya.!"


"Tapi Nia..." Kata Dato' Hisyam langsung tidak diendahkan oleh Rania.
Rania terus berlari ke atas dan masuk ke dalam biliknya.Setelah mandi,Rania menguling-guling di atas katil.Tak sabar rasanya nak beritahu Cikgu Zaryf yang dia tidak menghampakan kedua ibu bapanya dan pastinya tidak menghampakan g
uru sejarahnya. Dalam kegembiraan dia kembali mengenang kejadian itu.

"Eh Anas,tolong aku eh nanti hantarkan buku ni dekat Cikgu Hadi alah yang cikgu practical tu.Kau kan balik lambat,apa salahnya tolong aku sekali sekala."

"Macam ni Ketua Tingkatan?"


"Please.. kali ni je.Esok-esok aku tak suruh kau lagi."


"Hurmm,yelah letak je situ nanti aku hantarkan."


"Ha,macam ni lah penolong ketua tingkatan yang bagus.Thanks boy!"


"Hurmmm.."


Setelah keluar dari pagar sekolah Rania terus berjalan pulang ke rumahnya.Dan sekali lagi..sebuah perlanggaran berlaku.


"Bubgghhhh" Habis semua buku yang dipengangnya jatuh ke tanah.Orang yang melanggarnya tadi pun turut mengutip buku Rania yang jatuh.Mata mereka bertentang.


"Sorry.''


"Kau!!!"


"Nia???"


"What the.. kenapa kau selalu je langgar aku? kenapa aku dipertemukan dengan kau.Kau selalu hancurkan hari aku."


"Sorry,tak ada jawapan untuk itu.Maaflah tak sengaja kan tadi? cuba jangan cepat naik angin.. Nia ni kenapa..Angkasawan ea?" Zaryf cuba menahan gelak. 'Budak ni asik nak emo je kalau jumpa aku.Dahlah first time aku ajar dia pun nak marah tak habis-habis.Nasib aku ajar dia tiap malam Selasa je,kalau hari-hari aku ajar mau menanah telinga aku ni! Budak ni memang tak tahu yang aku tinggal dekat dgn rumah dia sebab tu lah aku selalu terlanggar dia.'
Rania merengus."Banyaklah kau punya maaf.Buku aku dah kotor ni semua kau punya puncalah.Asal kau cakap aku Angkasawan?" Mukanya menunjukkan wajah yang penuh tanda tanya.


'Ya Allah..POYOnya budak kecik ni.Nasib baiklah perempuan,kalau lelaki mesti aku dah smackdown dia!' kata hati Zaryf geram.


"Angkasawan?Angkasawan ea? errmmm.. kenapa Nia selalu marah dekat Zaryf.. Nia ni angkasawan ke? maknanya Nia ni tengah datang bulan ke?., Hahahaha!!!" Akhirnya pecah juga tawa Zaryf yang ditahannya sejak tadi.
Habis bertukar merah mukanya."Whattttt?!!! it's no funny!" Kaki miliknya dihentak dan terus pergi meninggalkan Zaryf.Zaryf yang ketawa tak berhenti tiba-tiba terdiam.Dia menggaru kapalanya yang tidak gatal. 'Apa salah aku? ada silap cakap ke?' Jam tangannya ditenung.. 'Mana Hadi ni?'


Rania tersenyum sendiri tatkala mengingati peristiwa penting itu dan sejak pertemuan itu Rania telah menggelar Aeril Zaryf sebagai Mr Crush.
Malam yang di nanti sudah tiba.Rania sudah cukup berpakaian sopan dan kemas.Kali ini rambutnya di ikat satu.Anak tangga dituruni satu persatu dengan tangannya memegang kertas peperiksaan dan buku latihan sejarah.
Dato' Hisyam yang melihat Rania menuruni anak tangga dengan keputusan sejarahnya di tangan sedang menyusun ayat yang sesuai untuk memberi tahu Rania tentang guru sejarahnya.


"Pa.. mana Cikgu Zaryf? dah pukul 8.05 minit ni.Biasakan dia datang awal."


"Nia duduk sini kejap,papa dengan mama nak cakap.."


Dengan segera Rania mengambil tempat duduknya yang berhadapan dengan Dato' Hisyam dan Datin Zara.


"Ada apa pa? macam serious je." Dia mula aneh dengan papanya.Sikap mamanya juga lain.


"Zaryf dah berhenti jadi tutor Nia.Papa yang berhentikan dia itu pun sebab Nia yang nak sangat suruh papa berhentikan.So.. I do that."


"What?" Luruh hati Rania saat ini.Dia berharap agar semua ini suatu pembohongan.


"Haritu Nia jugak yang bentak-bentak papa suruh berhentikan si Zaryf tu.Benci katanya.." Rania tak mampu untuk berkata apa-apa.


"Papa dengan mama nak buat umrah minggu depan jadi papa nak kahwinkan Nia dengan seseorang supaya dia dapat tengok-tengokkan Nia,jaga Nia untuk kami."


'gluupp' Rania terkedu.Apa yang sedang barlaku ni!


"But why papa nak kahwin kan Nia dengan orang yang Nia tak kenal! Nia tak nak.. kan ada bibik Surti yang boleh tengok-tengokkan Nia yang boleh jaga makan minum Nia." Rania kesal.


Datin Zara mencelah.."Bik Surti nak balik Indon sebab mak dia tengah sakit tenat. Pak Akob bini dia kan nak bersalin hujung minggu ni.Daripada dia teman Nia lebih baik dia teman isteri dia yang nak bersalin tu." 


"Alahh..Nia pandailah jaga diri Nia sendiri.Umur Nia dah 17 tahun ma.. pa.. takkan Nia tak pandai nak jaga diri Nia." Dia menentang sungguh-sungguh hasrat papa dan mamanya yang mahu menyatukannya dengan lelaki yang langsung dia tidak kenal.


"Walaupun kamu sudah berumur 17 tahun,walaupun kamu pandai menjaga diri kamu sendiri kami berdua tetap risau akan keadaan kamu,Nia.." ujar Dato' Hisyam lemah.


"Nia jangan risau.Perkara ni cuma sedara-mara kita je yang tahu.Upacara akad nikah kita buat kecil-kecilan,tak payah ajak kawan-kawan sekolah Nia.Nanti tiada siapa yang tahu yang Nia dah kawin.Boleh ya sayang? Nia dah tak sayang mama dengan papa lagi ke? mana tahu umur kami tidak panjang,siapa yang akan menjaga Nia.. Kami tak nak Nia tinggal seorang diri tanpa hadirnya seorang lelaki yang halal untuk menjaga Nia"


Air mata jernih Rania sudah mulai gugur. Hatinya sangat tersentuh dengan ayat terakhir yang dikatakan oleh mamanya tadi."Nia dah tak sayang mama dengan papa lagi ke? mana tahu umur kami tidak panjang,kalau Nia tak setuju siapa yang akan menjaga Nia.. Kami tak nak Nia tinggal seorang diri tanpa hadirnya seorang lelaki yang halal untuk menjaga Nia.." kata-kata itu masih terngiang di telinganya.


Fikiran Rania sangat kacau jiwanya juga berkecamuk.Dia tiada pilihan lain,dia juga tiada siapa lagi melainkan mama dan papanya yang tersayang.
"Baiklah..Nia takda jalan lain.Nia terima."


Dato' Hisyam dan Datin Zara tersenyum puas.Alhamdulillah akhirnya dapat juga mereka menyatukan dua hati ini.Pastinya mereka akan lebih tenang sewaktu mengerjakan umrah nanti.Dengan air mata yang mencurah laju Datin Zara terus mendakap erat anaknya.Waktu s
eakan terhenti terasa sangat indah saat itu .

"Papa,Nia akan dinikahkan dengan siapa?"

"Anak kawan karib papa..Tan Sri Arshyad."


"Siapa nama dia?"


"Aeril Zaryf Bin Tan Sri Arshyad."


Rania teringat akan buku nota Zaryf yang tertinggal di atas meja sewaktu Zaryf mengajarnya.'Airel Zaryf Bin Tan Sri Arshad.'


Titisan air mata gembira Rania tumpah membasahi baju mamanya.Datin Zara dipeluk erat.Rania juga memeluk papanya.Dia menghadiahkan satu senyuman gembira pada Dato' Hisyam.Bukannya dia tak kenal dengan Mr Crush a.k.a Mr Lipton yang mirip wajahnya seperti Lee Gi Kwang tu.


"Sudah-sudahlah Nia.. Dari tadi tak habis-habis menangis,nanti tak pasal-pasal banjir pulak rumah ni."


Rania terkedu tatkala mendengar suara itu. Dato'Hisyam dan Datin Zara juga menoleh dari mana suara itu datang.
Itu dia Mr Lipton..

_the End_ 

Terima Kasih kerana sudi membaca :)

Welcome To My Blog

Views

Assalamualaikum...
Hyee! Im anak Zulkifli and Ani.. 
Can call me Zuza a.k.a Kak Long
Saya di sini hanya ingin menulis apa yang saya rasa.. kadangkala apa yang saya pendam..
Saya tidaklah pandai berpuitis
Saya tidaklah sebagus mana..
Saya tidaklah sepandai mana..
Blog saya ini tidaklah secantik mana.. 
tapi alhamdulillah terima kasih sebab singgah..
Saya juga ingin berdakwah dalam penulisan..

Ini adalah blog baru..
Saya baru bergelar seorang blogger.
Thanks to my BFF Jessica sebab dia yang edit semuanya.
Dari create hingga edit whatever in this blog.
Thanks dude.

For sure.. niat buat blog untuk kongsi cerpen and segala-galanya. Harap semua sudi baca karya tak seberapaku ini.

Marilah follow Zuza..
I will follow you back. Very sure..

Fi Hizfillah..
Semoga Allah merahmati kamu. . .






Terima Kasih kerana sudi membaca :)