Friday 4 October 2013

2 x 5 Punya DakWah by MTAs!

Views

"THIS IS 2 X 5"




Today,saya nak ceritakan balik. Tajuknya "2 x 5"  vlog MrTheAllshared .. This is One of dakwah diorang yg saya suka.. Actually semua video2 diorang saya suka sangat.Disebabkan ada yang tak berkesempatan nak tengok vlog dakwah MTAs tu,boleh baca dekat sini. :) Ni link video 2 x 5 by MRTHEALLSHARED



“2 x 5 berapa? 25 kan?! Hahhaha!”
“Eh apa ah,harap je cikgu.”

Aku tak suka betullah orang yang membandingkan perbuatan jahat seseoarang dengan perbuatan baik dia macam..
“HOHOHO!!! Harap je pakai tudung labuh! Tapi perangai.. HOHOHO!!!”
“Ceh! Nama je Imam.. Macam ni kau buat dekat kawan kau sendiri? Sampai hati  hilangkan pemadam Ben 10 aku..”

APA KORANG INGAT,ORANG YANG PAKAI SERBAN,ORANG YANG PAKAI TUDUNG LABUH .. LANGSUNG TAK BUAT DOSA? SUCI? MESTI IMAN TAHAP 99 PETALA LANGIT!

Atas sikap dan mulut bacul korang nih.. ramai orang2 kafir atau orang2 jahil akan prejudis terhadap golongan2 ini.

“OH SAM,OH SAM.. All people hire said ..Oh look that, perempuan tudung labuh tak semestinya baikk..Oh! Man look that! Orang pakai serban.. semuanya Hipokrit! Oh,you know Sam?! Plus.. they are Buzy Body..”
Sampai wujud situasi2 begini ..
“Eh,biasanya perempuan yang pakai tudung labuh ni semuanya Hipokrit tau!”
“Ewww.. orang yang pakai jubah ni semua Buzy Body arr.. Nak pakai boxer dekat public pun susah!”
“I nak pakai boxer dekat pasar,dah tak boleh dah tau..”
“Dia orang tu 2x5 je!!! Macamlah baik sangat!”

Berapa ramai je orang yang tudung labuh HIPOKRIT? Berapa ramai dia orang jumpa..sampai boleh buat spekulasi yang semua perempuan tudung labuh tu Hipokrit?  Korang sibuk je cerita yang minor.. yang major tak nak cita pulak?Berapa ramai budak disko pakai tudung? Berapa ramai pulak bohsia and minah rempit tak pakai tudung?! Berapa  ramai?!!!!
 KE? KORANG TETAP NAK CAKAP , DIA ORANG TAK PAKAI TUDUNG..TAPI HATI DIA ORANG BAIKKK!!!

KORANG SIBUK DEFEND YANG LAIN TAPI AT THE SAME TIME,KORANG SIBUK JUGAK TUMBANGKAN ROLE MODEL ISLAMIK

Eh! Ajmal online lah..
Azfar:
     Ajmal,jom kita tengok wayang.. kita tengok cerita 99 Petala Cinta Abah Kau..

Ajmal : “Eh? Ada messege, Eh,peminat.. eh? Azfar ke?..” Typing.. :
      Kita tengok wayang?eh weyh.. eh,mintak ajak member2 sekali tau..kita pergi sama2 ok.
SayaTiut94 :
       Ceh! Harap je pendakwah tapi pergi tgk wayang hugak!!!
SayaTomey94 :
         Alah,beselah..Hipokrit je diorang ni!

Tahu tak apa yang kawan saya cakap?!

“Diorang mengharap kita ni maksum! Kami pun 2 x 5 je dengan anda semua.. Kami sedang cuba memperbaiki diri dan setiap manusia tidak lekang dari melakukan dosa.. I just said tak sunyi dari melakukan dosa? Arhh..”

Yes! Petikan ini sangat popular dari kalangan artis..
Ajmal,ya sekarang bersama saya di melodi..
“Kenapa anda ada anak luar nikah ye?”
“Oh,for sure lah sebab setiap artis tak sunyi dari melakukan dosa..”
“Oh? Setiap orang? Tak terlepas? Melakukan? Kesilapan..”
Jangan jadikan perkataan ini untuk anda terus melakukan dosa..

“Harap je Pak Imam.. tapi gila sexs.. Enter!”
#tanpa berfikir panjang..
Jangan disebabkan satu kesalahan dia je.. korang dah kecoh gila! Kebaikkan dia yang belambak-lambak sebelum ni,korang tak nak kecoh pulak?!! Kalau nak tegur orang,jangan sampai aib kan dia.Jumpa personally dan tegur,atau beritahulah orang yang rapat or dekat dengan dia.. macam parents atau sedara dia.. sebagai medium teguran.Sebab takut kalau korang tegur dia depan khalayak ramai.. dan dia pulak ahli ulama takut mengaibkan,yang kedua prejudis..

“Aku dah cakap.. dia memang miang! Enter..”
“Eh? Kau nak nasihat aku?! Kau tu pun 2 x 5 je ngan aku! Minum starbuck jugak! Nyampah..nyampah..nyampah..”

Bak kata Syeikh Al-Bana.. kalau nak tunggu semua orang yang tak buat dosa dekat dunia ni untuk berdakwah,. Nescaya takda pendakwah dkat muka bumi ni..
So ingatlah , penceramah ke? Imam ke? Kalau diaorang buat salah.. Don’t judge the hole person asbab satu kesalahan dia je..

“Eleh! Cakap je lebat!”

Kami pun bukan baik sangat.. PUihhhhhh…

Ingatlah bahawa Imam Malik pernah berkata..
“Allah tutup aib aku.. jadi aku kan terlibat.Jika Allah buka aib aku.. tentu engkau mendapati bahawa aku lebih teruk dari kamu.”

Wahai insan
Hentikan prejudis mu
Hentikan alasan mu
Kamu hidup untuk saling melengkapi
Bukannya saling memusnahi

“Takpa,Cikgu pun tak terlepas dari buat kesilapan jugak..”
“Oiii! Engkau berdakwah mana boleh main gitar!!!”

***

        So terima kasih kerana sudi membacanya.. Itulah dia MrTheAllshared. Mereka sangat kelakar.. mereka juga yang telah membimbing saya.. Kadang2 boleh tergelak sendiri dengan telatah mereka tika mereka menyampaikan dakwah.. mereka Dae’ berjiwa muda.SUDAH DAPAT MADU BAYI DIBUANG adalah vlog pertama mereka yang menarik masuk jiwa saya terhadap MTAs .,
Dakwah mereka sangat OHSEM! THA BEST! Dan sampai sekarang,saya menantikan vlog terbaru dari mereka..


Terima Kasih kerana sudi membaca :)

1 Pengomen:

Cik Ayla Oneil said...

Ya Allah Zuza rajinya kau nak tulis dialog2 ni. Hehe. Menarik Za :)